Datuk Hajah Sharifah Aini Syed Jaafar merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan dikenali sebagai “Biduanita Negara” selepas Allahyarhamah Puan Sri Saloma.
Sharifah juga mempunyai kebolehan mengalunkan ayat suci al-Quran dah pernah menjuarai tilawah Al-Quran beberapa kali pada usia mudanya. Sewaktu kecil lagi, Sharifah sudah terkenal di Johor.
Selain berminat dalam bidang nyanyian, Sharifah juga pernah bercita-cita untuk menceburi bidang kedoktoran. Namun, beliau akhirnya memilih jalan untuk ke bidang nyanyian kerana itulah jalan terbaik bagi meringankan beban datuknya untuk menyara hidup mereka yang ketika itu amat susah.
Kerjaya seni Sharifah Aini bermula apabila beliau memasuki pertandingan nyanyian Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968 dengan membawa lagu berjudul “Tiga Malam” dan sekaligus dinobatkan sebagai Juara.
“Sharifah Aini Pernah Beritahu Saya Untuk Tidak Kahwin”-Syafinaz Selamat
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @buzzingmaalaysia yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 146 ribu, tanda suka sebanyak 3,693 dan sebanyak 162 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Syafinaz Selamat yang memberitahu pihak media bahawa Allahyarhamah Sharifah Aini pernah memberitahunya untuk tidak berkahwin dan jika ingin berkahwin haruslah mencari orang luar dari Malaysia.
@buzzingmalaysia Datuk Syafinaz Selamat aka Tok Naz, bicara pasal Jodoh ..Doa kan yang baik untuk Tok Naz amin 🤲 #GegarVaganza2024 #GegarVaganza2011 #GV11
♬ original sound – MYBUZZ – MYBUZZ
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa ada benarnya juga jika Syafinaz Selamat mahu berkahwin haruslah mencari yang sekufu dengannya.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang me;impah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.
Apa kata anda?