Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 30, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nasihat Neelofa Untuk Yang Ingin Berkahwin, Raih Perhatian!-“Hiduplah Dengan Kemampuan Suami”

    [VIDEO] Nasihat Neelofa Untuk Yang Ingin Berkahwin, Raih Perhatian!-“Hiduplah Dengan Kemampuan Suami”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Noor Neelofa Mohd Noor ialah seorang pelakon, pengacara dan model wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/10 dan terkenal menerusi lakonannya sebagai Alisya dalam drama bersiri Kau Yang Terindah yang bersiaran di TV3 dan Suri Hati Mr. Pilot di Astro Ria.

    Neelofa juga telah dipilih sebagai penghias majalah berprestij, Forbes Asia yang menampilkan ahli perniagaan berpengaruh dari seluruh dunia. Pada 18 Jun 2020, Neelofa menubuhkan pertubuhan kebajikannya sendiri, Pertubuhan Kasih Neelofa yang bertujuan bagi membantu insan yang memerlukan

    Neelofa Telah melangsungkan perkahwinannya bersama pelakon dan pengacara iaitu, PU Riz melalui sebuah majlis akad nikah di Kuala Lumpur serta dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

    “Podcast Macam Ni Bagus Sebab Banyak Manfaat”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rhea.zahra yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 836 ribu, tanda suka sebanyak 77 ribu dan sebanyak 677 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Neelofa yang memberi pesanan kepada individu yang ingin berkahwin terutamanya untuk wanita.

    “I selalu cakap ni, kepada adik-adik luar sana yang mana nak kahwin kan, you nak kahwin, husband you kena sediakan rumah, rumah sekecil mana pun mengikut kemampuan dia, you kena terima benda itu”-Kata Neelofa

    @rhea.zahra

    Sebelum kahwin pastikan you 1- Boleh terima seadanya rumah bakal suami akan sediakan 2- Boleh berdamai dgn kemampuan bakal suami 3- Bincang hal nafkah sebelum kahwin 4- Manusia akan berubah tapi tak tahu bila. So don’t get married with his potential . #podcastneelofa #noradanish #richmancoffee #neelofa #podcastnoradanish

    ♬ Kamu Dan Kenangan Piano – DNP

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa apa yang dikatakan Neelofa itu ada benarnya kerana zaman sekarang ramai wanita yang ingin mengikutb kehendak mereka dan bukannya kemampuan suami.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts