Pelakon dan usahawan, Intan Najuwa mengumumkan telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, Imane Lunara pada Ahad.
‘Simple je Intan masuk labour room’
Perkongsian terbaharu seorang individu yang memuat naik momen ketika aktres itu yang sedang terbaring di atas katil sambil ditolak masuk ke bilik bersalin menarik perhatian ramai.
Menerusi video pendek yang dikongsikan, memaparkan isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Azraf Azman yang sudah lengkap memakai persalinan hospital itu tersenyum manis dan melambai ke arah ahli keluarga sebelum bertarung nyawa melahirkan puteri sulungnya.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai apabila melihat wajah aktres itu yang langsung tidak mengenakan sebarang solekan dan hanya memakai cermin mata sahaja.
Meskipun tidak dicalit make up, rata-rata warganet memuji aktres ini yang disifatkan memiliki wajah yang ayu dan cantik semula jadi.
Intan Najuwa bersalin natural je muka yang lain bersalin siap makeup
Bagus dia beranak tak ada nak makeup macam orang lain
Natural beauty. Simple je masuk labour room. So humble, proud of you
Comel je Intan pakai spek mata, muka dia dah seiras dengan suami
Menerusi hantaran yang sama, ramai para ibu turut tertanya-tanya adakah aktres itu bersalin secara pembedahan caesarean atau normal.
Menjawab pertanyaan tersebut, individu yang dipercayai merupakan kenalan Intan memberitahu bahawa pada awalnya aktres itu mahu bersalin secara normal tetapi atas sebab-sebab tertentu, dia terpaksa melahirkan anak sulungnya secara pembedahan caesarean.
Alhamdulillah. Perancangan Allah lebih hebat. Intan nak bersalin normal, tapi tak dapat. Kena bersalin ceaser. Apapun Alhamdulillah kedua-dua selamat dan sihat.
Video
@ctmasturahkz Alhamdulillah.. Tahniah lady boss @intannajuwaaa ? Salla Alayka Rahman – Maher Zain