Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, January 30, 2025
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Naz Rahman ‘Excited’ Bergandingan Dengan Sissy Iman Di AJL39 – ‘Saya...

    [VIDEO] Naz Rahman ‘Excited’ Bergandingan Dengan Sissy Iman Di AJL39 – ‘Saya Suka Pasangan Hos Yang Ada Otak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pengacara dan personaliti TV3, Naz Rahman meluahkan rasa teruja untuk bergandingan bersama penyanyi, Sissy Iman untuk menerajui pentas paling berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

    Simpati Sissy dikritik

    Ketika ditemui , Naz atau nama sebenarnya Nazrudin Habibur Rahman berkata, dia juga yakin dapat mencipta keserasian bersama Sissy pada malam AJL39 nanti.

    Namun begitu, Naz mengakui dia berasa simpati dengan Sissy yang menerima komen negatif selepas diumumkan bakal menerajui AJL39 bersamanya.

    Saya sedih melihat apa yang menimpa Sissy. Saya masih ingat lagi sewaktu usia seperti dia, saya tahu bagaimana hancurnya hati dan patah semangat apabila menerima kritikan negatif.

    Saya sudah bertemu dengannya beberapa kali. Saya tahu ada keserasian di antara kami dan saya suka ada pasangan hos yang ada ‘otak’ (bijak).

    Naz berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media Amy Search Magic Konsert Solo Pertama yang diadakan di Society, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Isnin.

    Tak kecil hati terima reaksi negatif

    Ketika ditanya adakah dirinya berkecil hati terhadap reaksi sesetengah warganet yang dikatakan kurang senang dengan pemilihannya sebagai hos AJL39, pengacara berusia 46 tahun ini memaklumkan dirinya tidak terasa hati.

    Menurut Naz, pihak produksi TV3 mahu menampilkan kelainan dengan membawa pengacara senior bergandingan bersama pelapis bagi menonjolkan pembaharuan ketika pentas tersebut diadakan secara langsung pada 16 Februari nanti.

    Bagi yang sudah lama dalam industri, saya tidak berkecil hati. Saya lebih risau untuk Sissy kerana sebagai rakan, saya tahu tekanan yang bakal datang termasuk jangkaan daripada penonton.

    Saya tidak mahu Sissy patah semangat. Saya sendiri tanya produksi TV3 kenapa memilih saya. Mereka mahukan seorang senior dan pelapis berkongsi satu pentas.

    Pihak produksi mahu bawakan kelainan selepas hampir empat dekad menganjurkan AJL.

    Dalam masa yang sama, Naz yang sebelum ini menonton pentas AJL dikendalikan hos terkenal seperti Azwan Ali dan Fauziah Ahmad Daud berkata, dia mahu mengembalikan kegemilangan pentas berprestij tersebut.

    Saya dibesarkan sewaktu Azwan dan Ogy mengacarakan AJL yang ada kaliber sebagai seorang hos.

    Pentas AJL bukan sahaja menaikkan nama artis, tetapi komposer dan penulis lirik yang dibelakang tabir juga berpeluang bersinar dalam industri hiburan.

    Kebanyakan pengkarya muzik kita dibawah umur 35 tahun. Saya sangat kagum. Tanggungjawab saya sebagai pengacara, saya mahu kembalikan era tersebut.

    Terdahulu, pemilihan Naz dan Sissy sebagai hos pentas AJL39 mendapat respon kurang senang daripada segelintir netizen.

    ALSO READ:  [VIDEO] Ramai ‘DM’ Nak Jadi Peneman Hidup, Khairul Aming Tanya – ‘Adakah Anda Bersedia Jadi Perhatian Orang Ramai?’

    AJL39

    Untuk edisi kali ini, penonton bukan sahaja boleh menonton AJL39 menerusi kaca televisyen tetapi berpeluang untuk menyaksikan sendiri kehangatan malam anugerah ini secara langsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

    Untuk mendapatkan tiket konsert AJL39, anda boleh membuat pembelian www.wowtix.com.my.

    Dihoskan oleh Naz Rahman dan Sissy Imann, AJL39 juga akan dibawakan secara langsung di TV3 pada 16 Februari ini jam 9 malam dan juga boleh distrim secara HD di www.tonton.com.my.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts