Pelakon, Nazim Othman baru-baru ini berkongsi tentang pengalamannya semasa menunaikan ibadah umrah.
Yakin dengan Allah
Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Nazim atau nama sebenarnya Nushrul Alif Othman bercerita tentang situasi semasa melakukan tawaf di Kaabah.
Difahamkan video tular yang memaparkan Nazim mencium Kaabah telah dirakam oleh mutawifnya pada ketika itu.
Entah macam mana masa tawaf tu sepatutnya kena ikut ‘line’ dia, entah macam mana saya pun makin dekat dengan Kaabah.
Mutawif saya dah terpisah dengan saya, yang korang tengok video saya cium Kaabah tu sebenarnya dia yang ambil.
Walaupun itu rukun Yamani dan orang kata pegang sahaja, tapi nak dekat dengan Kaabah tu susah sangat jadi saya cium sahajalah. Lepas itu saya rasa lega.
Bercerita lanjut, pelakon drama Isteri Halal itu berkata dia telah diuji semasa berada di Madinah.
Bagaimanapun dengan penuh yakin dan niat yang betul terhadap Allah SWT ianya telah membuatkan perjalanan umrah aktor berusia 39 tahun itu dipermudahkan.
Hari pertama saya sampai dekat Madinah, saya telah diuji. Saya menangis di dalam bilik hotel saya.
Bila kita sampai di sana, bagi saya lah..saya memang jahil saya memang terlalu banyak dosa tapi niat tu kena betul. Selain niat, kita kena percaya sepenuhnya yang Allah itu akan bantu walaupun kalau orang tahulah dosa-dosa memang kena pijak.
Saya percaya sepenuh hati akan masuk ke Masjidil Haram. Saya rasa Ya Allah, aku yang banyak dosa Kau permudahkan.
@rghaikhimbyeongho2 Cerita NazimOth semasa berada di tanah suci mekah???Rasa sebak pula#fyp #foryoupage
? original sound – Aina Abdul Memoir – Aina Abdul Memoir