Pelakon dan pengacara, Neelofa mendedahkan tidak pernah mengeluarkan wang untuk keperluan rumah sebaliknya itu diuruskan oleh suaminya, Haris Ismail.
‘Sewa, bil api air saya tak pernah sentuh’
@rhea.zahra Tanggungjawab nafkah dari Suami. #podcastneelofa #noradanish #richmancoffee #neelofa #podcastnoradanish ? original sound ? – Fadhilah Intan
Menerusi podcast bersama pelakon, Nora Danish dan pempengaruh, Natasha M Ozeir, Neelofa memaklumkan bahawa Haris tidak membenarkan dia membeli barangan keperluan dapur menggunakan wangnya sendiri.
Menurut Haris, segala keperluan termasuk dalam kewajipan nafkah dan itu adalah tanggungjawab seorang suami.
Sewa rumah, bil air dan api, barangan dapur semua saya tak pernah sentuh sejak saya dan Haris berkahwin. Itu suami yang kena sediakan.
Kadang-kadang saya beli susu anak ke atau pergi beli barangan dapur, dia akan tanya mana bil. alau dia nampak saya beli barang dapur tapi tak minta dia duit, dia cakap jangan buat macam ni. Sebab dia kata itu bahagian (tanggungjawab) dia yang kena bayar.
Walau bagaimanapun, sekiranya si suami tidak berkemampuan untuk menyediakan segala keperluan, si isteri boleh membantu dengan persetujuan bersama.
Isteri kena hormat, tunduk pada suami
Sementara itu, Neelofa menjelaskan bahawa seorang isteri perlu menghormati dan taat kepada suami kerana mereka adalah ketua keluarga yang akan memimpin isteri dan anak-anak.
Kenapa perempuan kena ikut cakap suami, kena hormat suami? Sebab bila kita jadi anak perempuan, semua tanggungjawab adalah di atas bahu ayah kita.
Kemudian, seorang lelaki datang ambil kita (berkahwin), jadi rumah, makanan dan perlindungan semua tanggungjawab dia. Jadi kita berhak menghormati dia untuk dia pimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk suami.