Mohd Shukri bin Yahaya atau lebih dikenali sebagai Shukri Yahaya merupakan seorang pelakon dan pengarah lelaki Malaysia yang hebat. Dia memulakan kerjaya lakonannya pada tahun 2011 setelah bakatnya dicungkil oleh pengarah Osman Ali menerusi filem Jiwa Taiko. Setiap lakonannya pasti akan hidup tidak kiralah sama ada watak baik, jahat, gila, lembut dan sebagainya.
Drama 7 hari mencintaiku merupakan drama lakonannya yang menjadi fenomena. Tidak hanya di Malaysia, malah drama tersebut terkenal juga di Indonesia, Korea, China, Turkiye dan lain-lain.
Akak, Saya Rasa Akak Dah Boleh Pindah Marikh, Biar Yang Single Je Duk Bumi!
Baru-baru ini, di laman tiktok milik @tyaadnan, dia memuat naik satu video yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 3.3 juta, 268 ribu tanda suka dan komen sebanyak 5 ribu.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Tya dan Shukri sedang menuju ke suatu tempat menaiki teksi motor dan mereka sempat membuat video trend yang sedang hangat di applikasi tiktok.
@tyaadnan #สโลว์สมูท #สปีดสโลว์ @Shukri Yahaya 😒
Rata-rata peminat yang melihat video tersebut teruja dan merasakan bahawa Shukri dan isterinya itu terlalu ‘Sweet’. Di ruangan komen pula penuh komen dari netizen yang single bahawa mereka merasakan keseorangan apabila melihat video tersebut, dan itu hanyalah gurauan dari mereka.
“Laki saya nama shukri tapi kenapa tak macam ni, kena refund balik kat mak dia ker?”
“Aku main tiktok sebab nak hilangkan rasa lonely single, eh macam tak function”
“Akak, saya rasa akak dah boleh pindah Marikh, biar yang single je duk Bumi”
“Sebab diorang ni jarang nak tunjuk kemesraan kat public sebabtu exclusive n genuine. Kalau dorang post camni memang satu bonus la untuk fan hahahaah”-kata mereka
Apa-apa pun, semoga Tya Adnan dan Shukri Yahaya berkekalan hingga ke jannah. Apa kata anda?
Credit: Selebriti – Murai MY