Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Cair Tengok Kemesraan Sabri Yunus & Angeline Tan Jawab Soalan...

    [VIDEO] Netizen Cair Tengok Kemesraan Sabri Yunus & Angeline Tan Jawab Soalan – ‘Dah Jom Pergi Planet Lain’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pasangan selebriti, Sabri Yunus dan Angeline Tan mencuri perhatian netizen sewaktu menjawab soalan mengenai perihal rumah tangga bersama sebuah stesen televisyen.

    Banyak tegur-menegur

    @tvalhijrah AKAN DATANG DI TV ALHIJRAH! Tak kenal maka tak cinta. Tak begitu abang @sabriiyunus & kak @angeline_tan1 ? original sound – TVAlhijrah

    Menerusi perkongsian di TikTok, Sabri dan Angeline berkongsi bahawa mereka saling tegur-menegur antara satu sama lain sepanjang berumah tangga.

    Menurut Sabri, sekiranya dia mengesan Angeline ada melakukan kesilapan dan kesalahan, dia akan mencari masa yang sesuai sebelum menegur tindakan isterinya itu.

    Sebenarnya kami ini saling tegur-menegur antara satu sama lain.

    Kalau dia melakukan kesilapan, selalunya saya biarkan dahulu kemudia cari masa yang sesuai untuk tegur.

    Melalui teguran itu, saya akan kata bahawa sesuatu yang dibuat Angeline itu tidak kena dan sebagainya.

    Tetapi kalau diikutkan, Angeline lagi banyak tegur saya sebenarnya.

    Sementara itu, Angeline mendedahkan segala teguran yang diberikan kepadanya akan diterima dengan baik.

    Tambah pelakon yang terkenal menerusi drama sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu, setiap teguran yang diberikan adalah untuk memperbetulkan kesalahan yang dilakukan.

    Bila abang tegur, semua Angeline terima sebab dia adalah orang yang paling dekat dengan saya.

    Teguran dia untuk kebaikan saya dalam memperbetulkan kesalahan dan kelemahan saya.

    Kemesraan buat netizen ‘cair’

    Foto: Harian Metro

    Ketika ditanya apakah satu perkara yang tidak disukai terhadap pasangan masing-masing, Angeline memaklumkan bahawa tiada satu pun yang membuatkan dia tidak suka kepada Sabri.

    Angeline tak nampak apa yang saya tak suka (pada Sabri), semua yang pada abang saya suka.

    Namun, apa yang mencuri perhatian ialah apabila Sabri dengan nada gurauan mengatakan dirinya tidak suka sekiranya dicium Angeline setiap kali bangun dari tidur.

    Saya tak suka kalau bangun pagi dia terus cium saya.

    Sabri walau bagaimanapun kelihatan ‘cuak’ selepas Angeline memberikan pandangan mata ke arahnya ketika memberikan jawapan itu.

    Eh taklah, sebenarnya suka. Saja ja cakap pada mereka saya tak suka.

    Komen netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mahu ‘berpindah’ ke planet yang lain kerana ‘cemburu’ melihat kemesraan ditunjukkan Sabri dan Angeline.

    ALSO READ:  [VIDEO] Kontroversi: Netizen Syak Hubungan Daiyan Trisha & Hun Haqeem Selepas Mereka Menceriakan Lagu ‘Aku Dan Dirimu’ – ‘Adakah Mereka Sedang Berkawan Erat?’

    Sekadar info, Sabri dan Angeline selamat diijabkabulkan oleh Dr Maza dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Perlis pada 14 Oktober tahun lalu.

    Untuk rekod, Sabri pernah mendirikan rumah tangga dengan Norraya Mohd Yusof dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

    Walau bagaimanapun, Norraya meninggal dunia pada Ogos 2007 akibat kanser.

    Sementara itu, Angeline yang pernah mendirikan rumah tangga sebelum ini pula mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts