Umum mengetahui pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu, Syeriv Samheizy, Sarima Samheizy, dan Salama Samheizy selepas mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Ketiga-tiga cahaya mata Sam dan Syatilla mencuri tumpuan wargamaya gelagat mereka dirakam oleh Sam di sebuah acara.
Kongsi Gelagat Syeriv, Sarima, & Salama
Menerusi muat naik di Instagram, Sam berkongsi satu video memaparkan ketiga-tiga anaknya itu turut mempersoalkan siapakah yang menyambung legasinya dalam industri.
“Siapa akan sambung legasi Bapak ni? Siapa agaknya ek?
Bapak kecik-kecik dulu tak pernah buat muka-muka macam ni.”-kapsyen Sam di Instagram
View this post on Instagram
“Tak Payah Buat DNA Dah Wei..”
Sementara itu, di ruangan balas rata-rata wargamaya meluahkan rasa terhibur melihat tingkah laku Syeriv, Sarima, dan Salama, malah ramai yang menyamakan wajah mereka ‘copy paste’ Shaheizy Sam.
“Aduhai anak dah comel banyak gaya pulak tu….😂.”
“Hahaha muka sam, perangai macam Tilla je ni.. Bapaknya kn shy shy cat @shaheizy_sam 😂🤣.”
“Sorry Syatilla, anak-anak copy paste muka bapak 😂.”
“Tak payah buat DNA dah wei 😂.”
“Perangai Sarima je behave yang dua lagi copy perangai Tilla 😂.”
“Okay lah tu. Bapak dah amek muka semua perangai bagi lah kat mak 🤣.”
“Macam semua muka Sam ja. Hahahaha.”
“Anak bapak sangat ni 😂.”