Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment ‘Netizen Ingat Aku Backing Aliff Aziz Sebab Dia Punya Skandal’ –...

    [VIDEO] ‘Netizen Ingat Aku Backing Aliff Aziz Sebab Dia Punya Skandal’ – Fuad Rahman

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    alif aziz fuadalif aziz fuad

    Kontroversi rumah tangga dan isu curang yang melibatkan pelakon dan penyanyi iaitu Aliff Aziz mendapat perhatian ramai.

    Isu tersebut kian rumit apabila ramai nama selebriti terpalit selepas ‘kekasih gelap’ Aliff iaitu Sarah Yasmine membuat pendedahan di media sosial.

    Penjelasan Fuad

    @ayi_rascal

    Alif punya hal sampai terkait kait yang lain. #viral #viralterkini #ceritakita #pengalamanhidup #shoutout #nasihat #podcast #what #fyp #fypsg #fuadrahman #gv9 #gegarvaganza #aliffaziz #gv8

    ? original sound – Y.I.R.A.S – Y.I.R.A.S

    Menerusi temu bual bersama What?! Podcast.Sg, Fuad atau nama penuhnya Mohamed Fuad Abdul Rahman meluahkan rasa kecewa apabila ada rakan artis yang kurang senang melihat Aliff meneruskan karier seninya berikutan kontroversi tersebut.

    Aku mengamuk sebab ada satu hamba Allah ini, dia artis Singapura tapi aku tak nak cakap siapa. Dia ada komen dekat Aliff, ‘buat onar sampai 11 kali tapi tetap ada yang panggil buat show’.

    Bagi aku orang macam ni hipokrit, tak boleh cakap macam tu. Itukan rezeki masing-masing.

    Fuad juga berpendapat adalah tidak adil jika hendak dibandingkan masalah peribadi dengan kerjaya.

    Dalam masa yang sama, penyanyi berasal dari Singapura itu menegaskan bahawa dia hanya menyokong Aliff dari segi kerjayanya bukan kerana hal peribadi.

    Itu part yang aku back up Aliff. Ramai netizen ingat aku backing Aliff sebab skandal. Itu dia punya pasal, personal life dia. Jangan samakan kerjaya dengan personal.

    Tapi bab skandal aku memang tak masuk campur.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan pendirian Fuad namun ada juga yang berkata artis bermasalah tetap perlu diboikot kerana didakwa tidak bermoral.

    Terdahulu, Sarah menyatakan dia berani melakukan pendedahan kepada umum selepas melihat aktor itu teruk dikecam susulan kontroversi ditangkap berkhalwat dengan Ruhaines.

    ALSO READ:  Individu Kongsi Pengalaman Terkena Asid – ‘Bisa Masih Rasa Walau Dah Operation, Saya Dah Setahun Masih Sakit Lagi’

    Lebih mengejutkan lagi, wanita itu mendakwa aktres yang ditangkap khalwat bersama Aliff telah menghasut aktor berkenaan untuk menjatuhkan isterinya Bella Astillah. Malah, dia mendakwa mempunyai segala bukti perancangan yang dilakukan aktres terbabit.

    Dalam pada itu, beberapa nama artis lain turut didakwa terpalit dengan pendedahan tersebut termasuk Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,251FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts