Tular baru-baru ini, video yang memaparkan seorang penceramah Indonesia iaitu Gus Miftah yang mempersendakan dan menghina seorang penjual air teh.
Bertemu & minta maaf
@kapanlagicom Pak Sohaji Penjual Es Teh Bertemu Dengan Gus MIftah, Disambut Hangat Dengan Pelukan . Tonton video lengkapnya hanya di YouTube channel @KapanLagicomVideo! Kalau bukan sekarang, KapanLagi? #kapanlagi #KLkpt #miftahmaulana #gusmiftah #sohaji
? original sound – KapanLagi.com – KapanLagi.com
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, Gus Miftah dan penjual air teh yang dikenali sebagai Sunhaji bertemu dan berpelukkan.
Mereka kemudian masuk ke dalam rumah, berbual-bual dan makan bersama.
Terima kasih kepada netizen, hikmahnya berlaku isu viral ini saya lebih banyak belajar dan lebih berhati-hati.
Hikmah untuk Sunhaji pula, dia kini dikenali orang kemudian Allah memberikan banyak kemudahan.
Sekali lagi, saya tetap meminta maaf.
Komen netizen
Walau bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang kurang senang melihat cara Gus Miftah melayan Suhanji malah ada yang mendakwa dia tidak ikhlas memohon maaf.
Ditarik-tarik, ditepuk-tepung belakang pak cik tu, dia bukan budak-budak.
Nampak tak dia tarik pak cik tu dengan kuat, kesian pak cik tu.
Gus tu berlakon sahaja, takut kehilangan jawatannya.
Dia minta maaf bukan kerana berasa bersalah, tapi sedang menyelamatkan kariernya.
Perbuatan kasar walau sudah memohon maaf.
Terdahulu, susulan kejadian tersebut ramai pihak yang bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada Sunhanji antaranya dengan memberikan tajaan umrah serta wang tunai.