Pelakon Abby Abadi tampil menjawab dakwaan segelintir warganet yang menuduh dirinya bertindak mencukur kening sehingga nipis.
Abby nafi
@abbyabadihq Replying to @Diana_Manis ? Hal kening ni kita dah jawab lama dah.. memang itu lah rupanya.. Memang turun temurun dari Mak kita. Ni tak buat apa ni, nk lukis pun malas.. Lawa sangat ke kening kita ni? Kitapun tahu cukur kening tu dilaknat Awak.. kita tak buat. Awak jangan risau ok.. Doakan kita sama2 berjaya mengapai Syurga ALLAH ok Aminnnn ??? Ps: kita pakai tudung @Nur Fazura @Tudung FAZURA Official comeyy tak? Hihi
? original sound – Anaq Kiriman Heaven – Anaq Kiriman Heaven
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Abby berkongsi komen seorang warganet yang bertanya tentang keningnya.
Cukur kening ke puan? Cuba tak payah cukur kening tu, Nampak lagi elok.
Maaf atas apa yang saya cakap ini buat puan terasa.
Tidak berdiam diri, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan menjelaskan bahawa itu adalah kening asalnya malah dia memiliki bentuk kening yang sama seperti ibunya.
Hal kening ini saya dah jawab lama dah. Memang itulah rupanya, memang turun temurun dari mak saya.
Ini tak buat apa pun..nak lukis pun malas. Lawa sangat ke kening saya ni?
Dalam pada itu, pelakon filem Gerak Khas The Movie tersebut menegaskan bahawa dia tidak akan melanggar hukum agama.
Saya tahu cukur kening tu dilaknat, saya tak buat.
Awak jangan risau. Doakan kita sama-sama berjaya menggapai syurga Allah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempertahankan aktres berusia 46 tahun itu kerana bentuk keningnya tidak pernah berubah sejak di awal kemunculan sebagai selebriti.
Dari dulu memang kening Abby macam tu.
Kening Abby dari zaman Gerak Khas lagi memang macam tu.
Itu bermakna dia bukan peminat Abby, setahu saya Abby dari dulu kening macam ni. Memang cantik asli.