Nama pelakon dan usahawan Rozita Che Wan menjadi bualan panas sejak isu hutang hampir 1 juta dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) rancak dibahaskan.
Duit kertas palsu
@mk_mediia Membalas kepada @pengirandemak #rozitachewan #cheta #tiktoknews #beritatiktok #mkmedia #mkmediamalaysia ? bunyi asal – Media Update
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Rozita atau mesra disapa Che Ta didakwa menggunakan wang kertas palsu demi konten semata.
Pada hantaran itu, Che Ta dilihat memegang sejumlah wang yang banyak sekaligus memaklumkan pada penonton bahawa mereka berpeluang untuk memenangi wang tunai tersebut.
Hari ini kita nak pergi shopping.
Korang berpeluang untuk menang duit berkepuk-kepuk.
Netizen terhibur
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur setelah pelakon berusia 51 tahun itu ‘kantoi’ menggunakan wang kertas palsu.
Sekadar info, pihak undang-undang Majlis Rakyat (MARA) dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy, 28, kerana gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak tahun 2017.