Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Puji Adira & Datin Red Hadir Majlis Tunang Anak Saudara...

    [VIDEO] Netizen Puji Adira & Datin Red Hadir Majlis Tunang Anak Saudara Datuk Red – ‘Nampak Keindahan Bila Berbaik’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    datin red adira datuk reddatin red adira datuk red

    Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red, meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menghadiri majlis pertunangan anak saudaranya baru-baru ini.

    Majlis pertunangan

    @dato..red

    majlis pertunangan ank arwah kakak dan arwah abg ipar sya.sya jaga dri 9tahun.maaf papa tak dpt hadir.tq semua dan semestinya merindui …. #abgred

    ? Hanya Rindu – Andmesh

    Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu memaklumkan berita gembira tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok.

    Difahamkan dia menjaga anak saudaranya itu sejak dari kecil lagi.

    Majlis pertunangan anak arwah kakak dan arwah abang ipar saya. Saya jaga dari umur sembilan tahun.

    Usahawan berusia 46 tahun itu turut memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut.

    Dalam masa yang sama, Datuk Red juga merakamkan penghargaannya terhadap mereka yang membantu menjayakan majlis pertunangan itu.

    Maaf papa tak dapat hadir.

    Terima kasih semua dan semestinya merindui.

    Paling menarik perhatian warganet adalah kelibat bekas isteri Datuk Red iaitu Adira dan Datin Red yang dilihat turut hadir ke majlis berkenaan untuk meraikan anak saudaranya.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap yang ditonjolkan oleh mereka selain menyifatkan mereka sangat matang dan bertanggungjawab meskipun masing-masing sudah memilih jalan perpisahan.

    Sikap Datuk Red, Datin dan Adira patut dipuji, nampak keindahan bila selalu berbaik.

    Datuk Red ni mesti baik, jarang bekas isteri nak bagi sokongan kalau dah bercerai. Susah nak jumpa pak cik yang amanah, ikhlas jaga anak buah dari kecil sampai besar.

    Alhamdulillah, suka tengok Datin Red dengan Adira.

    Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.

    ALSO READ:  ‘Saya Berjanji Akan Mencintai & Tetap Bersama Suami Dalam Susah & Senang Hingga Akhir Hayat’ – Joy Revfa

    Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

    Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

    Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts