Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime dilihat rajin memasak meskipun dirinya masih mengalami alahan yang agak teruk sejak akhir-akhir ini.
Mual nak masak masakan Melayu
Menerusi rakaman video berdurasi 5:21 saat, Atikah dilihat sedang menyediakan tiga jenis hidangan untuk 10 orang. Antara hidangan yang disediakan oleh Atikah ialah mac n cheese, fish n chips dan pasta carbonara.
Kali ini adik ipar minta mac n cheese. Senang je nak buat sebab perlukan susu, macaroni dan cheese sebagai bahan utama. Kemudian saya buat fish n chips.
Suami dan mak mentua pula minta carbonara pasta. Hidangan yang saya masak ni untuk 10 orang makan.
Menurut Atikah, dia masih mual untuk masak masakan Melayu. Oleh sebab itu, keluarganya terpaksa makan makanan barat.
Alhamdulillah, satu keluarga suka masakan saya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Atikah kerana rajin masak dalam kuantiti yang banyak.
Video
@atikahsuhaimeeee Mac and cheese for today’s mukbang! Enjoyyyy. Cooking for 10 ? #fyp #tiktokmalaysia #macandcheeserecipe #macandcheese #foodtiktok
? sonido original – M O S T A Z A