Penampilan yang jelita tidak semestinya memerlukan pakaian yang mahal, contohnya seperti pelakon Fasha Sandha yang bijak berfesyen meskipun mengenakan pakaian murah.
Fasha rendah diri
@inayahbeautytrading Fasha pakai apa pon cantik?#fyp #fashasandha #bellaastillah #adirasuhaimi #berryfull #gattox #fyp? #fypage #fyp??viral #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypp #fypdongggggggg #fypgakni #fypdong #fypgakni #fypindo #tiktokindo #indo #tiktoksukma #sembangentertainment #foryoupage #foryoupageofficiall #shouldbeme #tiktokavatar #Makanlokal #10Bersama #makeup #beauty #founder #founderinayahbeauty #TikTokShopBazarRamadan2024 #TikTokShop
? Cidro Vs Kluthuk – Waru Leaf
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan itu dilihat sedang meluangkan masa di sebuah pusat membeli belah.
Dalam pada itu, ibu kepada tiga orang anak tersebut sempat berkongsi tentang pakaian yang dipakai.
Tak kisah, macam baju yang saya pakai ini beli di Shopee saja, RM19. Kena pandai cari.
Dalam satu hantaran yang berbeza, aktres berusia 40 tahun itu berkata, kebanyakan pakaian yang dibeli sesuai di tubuh badannya.
Tidak, saya tak cuba. Alhamdulillah. Selalunya muat, macam boleh agak-agak saja.
Saya dah tahu saiz apa tetapi ada sesetengah baju saya nak jenis besar sedikit, tak ketat sangat. Ada juga yang kita nak yang fit, jadi ikut situasi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan pelakon drama Khilaf Yang Tertulis itu dan menyifatkannya sebagai seorang selebriti yang merendah diri.
Dia cantik, pakai baju pasar malam pun cantik gila.
Orang cantik kalau pakai baju murah pun nampak mahal.
Rendah diri betul Fasha ni. Enjoy your outfits.
Dia memang suka pakai baju murah-murah tapi bila dia pakai nampak mahal.