Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Puji Ira Kazar Giat Cari Rezeki Meskipun Baru Bercerai –...

    [VIDEO] Netizen Puji Ira Kazar Giat Cari Rezeki Meskipun Baru Bercerai – ‘Walau Banyak Cemuhan, Dia Pilih Berdiam’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Walaupun baru sahaja berdepan dengan ujian perceraian, namun bekas isteri kepada pengarah sensasi Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar dilihat tetap meneruskan kehidupannya seperti biasa.

    Kembali bekerja

    @irakazar_

    Cer komen which shade yang paling korang suka. So in love with the texture. Ringan and yang paling penting tak keringkan bibir ?? @saceladycosmeticmy #sacelady #saceladymy #saceladymattelipstick

    ? Countless – Official Sound Studio

    Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang mempromosikan produk kosmetik iaitu gincu.

    Anak kepada aktor Kazar Saisi itu mengoleskan bibirnya dengan beberapa warna gincu yang berlainan.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan Ira dan dalam masa yang sama mereka juga mengagumi ketabahannya dalam menempuh dugaan rumah tangga.

    Ada iras Deepika Padukone.

    Lawa dia ni, manis. Bagus pilih untuk diam.

    Lupakan kisah sedih, bangkit dan mulakan hidup baru. Kerja cari duit.

    Walau banyak cemuhan, dia pilih berdiam. Ini yang saya suka tentang dia. Lagi dicemuh lagi dia diam dan tenang.

    Pakai tudung labuh ni nampak lembut je Ira. Perempuan bila kurang bercakap dan tak meroyan auto nampak mahal.

    Pada Khamis, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika pasangan itu masih bergelar suami isteri.

    Peguam syarie mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais berkata, Ira melanggar taklik sebanyak lima kali sejak 14 Ogos lalu.

    Terdahulu, Syamsul mengejutkan orang ramai apabila membuat keputusan memfailkan perceraian terhadap Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor pada 16 Ogos lalu.

    Menurut peguam yang mewakili Syamsul, Azmi Mohd Rais, pasangan itu sudah tiada persefahaman.

    ALSO READ:  ‘Makan Viral’ Bersama Cef Naem Bakal Bersiaran Di TV9 Mulai 30 September Ini!

    Untuk rekod, Syamsul dan Ira berkahwin pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

    Rentetan daripada itu, pelakon Puteri Sarah pada ketika itu sebagai isteri pertama nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts