Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, October 1, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Puji MUA Bellaz Tak Pernah Tayang Harta – ‘Dia Rendah...

    [VIDEO] Netizen Puji MUA Bellaz Tak Pernah Tayang Harta – ‘Dia Rendah Diri & Tak Lupa Asal Usul’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    bellaz bellaz

    Pempengaruh dan jurusolek, MUA Bellaz dihujani dengan pujian oleh warganet kerana sikapnya yang tidak pernah sombong meskipun berjaya dalam bisnes dan dilimpahi dengan kekayaan.

    Kagum dengan Bellaz

    bellazbellaz

    Menerusi siaran langsung di TikTok, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini berkongsi dengan pengikutnya video yang memaparkan rumah yang pernah didiami dahulu.

    Menurut Bellaz, rumah tersebut banyak menyimpan kenangan dia dan keluarga.

    Inilah rumah saya dulu, menggamit memori..rumah saya membesar. Rindunya, kenangan tu.

    Sekarang tak tahulah siapa yang duduk sebab tu rumah sewa.

    Dalam pada itu, ibu kepada empat orang anak itu mengucapkan rasa syukur kerana dapat berlindung dari hujan dan panas di rumah tersebut walaupun dalam keadaan serba kekurangan.

    Itu semua rezeki, saya dapat duduk situ. Alhamdulillah. Kalau saya balik kampung mesti akan pergi ke rumah tu, ambil gambar.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi keperibadian pempengaruh itu yang disifatkan merendah diri.

    Bellaz ni rendah diri, tak tunjuk kekayaan dia. Barang kemas pun tak tunjuk. Suka cara Bellaz ni.

    Betul, dia tak pernah beritahu berapa dia belanja kalau dia membeli. Tapi nampak memang kaya.

    Kami semua suka Bellaz, dia tak sombong dan tak lupa asal usul.

    Kaya macam mana pun, Bellaz selalu cerita tentang kesusahan dia. Tak pernah lagi saya dengar dia cerita tentang kekayaan dia. Saya suka privasi Bella.

    @bellazbeauty_makeup

    Replying to @NORAMELIANATASHA One of the reason kenapa sy minat dia Mua Bellaz ?????

    ? original sound – BellazBeauty_shop – BellazBeauty_shop

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  ‘Pergi Berubat Jika Tak Puas Hati, Nampak Macam Sakit’ – Abby Abadi
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,237FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts