Persembahan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah ketika di Konsert Sumandak Stars yang berlangsung pada Sabtu menerima pujian ramai.
Netizen puji suara Bella Astillah
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, mendendangkan lagu Sampai Menutup Mata oleh penyanyi Indonesia, Acha Septriasa.
Kelihatan bekas isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini menghayati bait-bait lirik lagu tersebut dengan penuh perasaan.
Persembahan tersebut bagaimanapun menerima pujian ramai dan rata-rata warganet berpendapat bahawa nyanyian Bella kini semakin bagus. Bukan itu sahaja, terdapat peningkatan dari segi vokal dan suaranya.
Tidak terhenti di situ, mereka turut memuji kesungguhan dan usaha Bella dalam memperbaiki nyanyiannya yang sebelum ini pernah mendapat kecaman ramai.
Vokal dia dah okay lah. Dah pandai kawal, tak terlalu berlebihan
Jujur, masa konsert dia nyanyi tak ada sumbang. Memang banyak sangat peningkatan. InsyaAllah teruskan usaha belajar lagi
Vokal dia semakin bagus
Struggle dia memperbaiki diri setelah dikritik
Suara Bella ni okay je sebenarnya cuma kena sesuai dengan pemilihan lagu
Penat dia belajar vokal, kelas vokal berhari-hari, berjam-jam
Terdahulu, nyanyian Bella menerusi lagu Mati-Matian di sebuah acara baru-baru ini, telah mencetuskan pelbagai respon daripada netizen. Mereka menyifatkan ibu kepada dua anak itu tidak mempunyai ton suara yang merdu malah lebih kepada sumbang.
Video
@menantunyapakmansur #bellaastillah??????? #masyaallahtabarakkallah??? #laguachaseptriasa #sampaimenutupmata ? original sound – Julia