Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, December 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Puji Opai Panggil Anak-Anak Tiri ‘My Son’ & ‘My Princess’...

    [VIDEO] Netizen Puji Opai Panggil Anak-Anak Tiri ‘My Son’ & ‘My Princess’ – ‘Macam Darah Daging Sendiri, Nampak Dia Tulus Menerima’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Suami kepada pelakon Fatin Afeefa, Alif Awang telah meraih perhatian warganet kerana dilihat memberi layanan yang baik kepada anak-anak tirinya.

    Harapan Opai dan Fatin

    Menerusi temu bual bersama Melodi, Alif atau lebih dikenali sebagai Opai dan isterinya berkongsi wajah cahaya mata mereka selepas menyembunyikan berita kehamilan dan kelahiran bayi tersebut.

    Dalam temu bual yang sama, Opai turut mendoakan agar anak-anaknya dapat menjaga kesucian agama Islam dan Al-Quran.

    Semoga Muhammad Jibril menjadi seorang yang amanah dan menjaga Al-Quran.

    Sebenarnya ‘my son’, Arian baru sahaja hafal satu juzuk Al-Quran dan ‘my princess’ menang pertandingan Best Halaqah di sekolahnya.

    Harapan saya nak anak-anak jadi pewaris Rasulullah SAW, insyaAllah kami semua akan bertemu di syurga.

    Netizen terharu

    Fatin AfeefaFatin Afeefa

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji keperibadian Opai yang tidak membezakan kasih sayang antara anak-anak meskipun bukan darah dagingnya.

    Ketika dia sebut ‘my son’ dan ‘my princess’, tak nampak macam anak-anak tiri, macam darah daging sendiri. Salute Opai, moga terus istiqamah jaga anak isteri.

    ‘My son’, ‘my princess’..bagus Opai ni walaupun dulu ramai yang kecam dia, sekarang dia dah berubah 360 darjah.

    Kedua-duanya nampak matang, perkataan ‘anak-anak saya’ daripada Opai itu nampak tulus menerima.

    Dia bangga dengan anak-anak dia, tak kisah anak tiri pun. Dia siap kongsikan anak-anak dia dapat anugerah.

    Terdahulu, Fatin mendedahkan dia dan suami sudah menimang cahaya mata lelaki yang kini berusia tujuh bulan.

    Imbas kembali, Fatin mendirikan rumah tangga dengan Opai pada Disember 2022.

    Sebelum itu, Fatin pernah berkahwin dengan pelakon Adam Shahz pada 21 Disember 2013, namun bercerai 30 Mei 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Ivy Herra Sophia, 9.

    ALSO READ:  [VIDEO] Alif Teega Menjaga Hati Aisyah Hijanah, Tidak Mahu Berkongsi Gambar Isteri Kedua Di Media Sosial – 'Mudaratnya Lebih Besar'

    Fatin juga mempunyai seorang anak lelaki, Adam Aisy Arrian daripada perkahwinan pertamanya.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts