Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Puji Penampilan Baru Ina Naim, Siap Pakai ‘Makeup’ Lagi! –...

    [VIDEO] Netizen Puji Penampilan Baru Ina Naim, Siap Pakai ‘Makeup’ Lagi! – ‘Cantik, Kemas..Pandai Suami Jaga’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penampilan penyanyi, Ina Naim menerusi video yang dikongsikan oleh usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai.

    Cantik Ina…

    @papalarisofficial #inanaim #pengantinbaru ? original sound – papalarisofficial – Aliff Syukri Kamarzaman

    Menerusi video yang dikongsikan memaparkan Ina atau nama lengkapnya Nordiana Mohd Naim, 40, bersama suami, Khairul Rizal sedang melakukan trend TikTok dengan berlatar belakangnya lagu APT nyanyian duet Rose Blackpink dan Bruno Mars.

    Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah penampilan Ina yang dilihat lebih bergaya dan kemas. Bukan itu  sahaja, solekan pada wajah balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad ini juga menaikkan lagi seri kecantikannya.

    Rata-rata warganet memuji kejelitaan dan keayuan Ina lebih-lebih lagi apabila mereka mengakui tidak pernah melihat penyanyi itu bersolek seperti di video tersebut.

    Bukan itu sahaja, warganet juga berpendapat bahawa perubahan tersebut disebabkan Ina dan suaminya kini di fasa bahagia.

    Walau bagaimanapun, ada di antara mereka kurang senang dengan perubahan tersebut selain turut membezakan ‘didikan’ daripada Allahyaram Suhaimi dan Khairul Rizal.

    Dia sebenarnya cantik bila ada duit, semua tersedia.

    Cantiknya Ina Naim, bila jarang bersolek terus naik seri tu.

    Ina makin cantik, nampak macam anak dara.

    Lain dia makeup. Nampak berseri dia, lepas kahwin berubah 360 darjah terus.

    Jangan salah faham, dulu Suhaimi banyak ke agama sebab tu anak-anak dia pandai bab agama.

    Netizen jangan bezakan suami dulu dengan sekarang. Dua-dua ada cara tersendiri, kita doakan yang baik-baik.

    Janganlah bandingkan Ina dulu dengan sekarang. Yang penting Ina tetap menutup aurat dengan sempurna.

    ALSO READ:  Lelaki Maut Akibat Terlibat Dalam Hubungan Songsang yang Melibatkan Kekerasan sehingga Sesak Nafas
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts