Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Sifatkan Andika Putera Bapa Yang Bertanggungjawab – ‘Tak Kisah Apa...

    [VIDEO] Netizen Sifatkan Andika Putera Bapa Yang Bertanggungjawab – ‘Tak Kisah Apa Masalah, Dia Tak Lupa Anak’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti media sosial, Andika Putera dilihat sering meluangkan masa dengan cahaya matanya, Alisha Puteri meskipun sudah berpisah bersama bekas isteri.

    Tanggungjawab sebagai bapa

    @andikaputeraa

    MashaAllah, tak sabar jumpa Alisha for next week??? Anak kesayangan papa, kekuatan semangat papa setiap hari? Siapa sini yang mcm Dika? Komen “??”????

    ? original sound – Andika Putera – Andika Putera

    Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera Salleh, sedang membuat panggilan video bersama puterinya.

    Dalam pada itu, kelihatan Andika mengesat air mata kerana berasa sebak melihat Alisha masih memakai rantai emas yang dihadiahkannya.

    Oh! Pakai lagi rantai papa..sayang papa.

    Seusai selesai panggilan video tersebut, pempengaruh berusia 27 tahun berkenaan mengakui anak adalah pendorong kepada kejayaan seorang bapa.

    Tadi mak dia kata, dia menangis-nangis nak telefon saya.

    Bila kita tengok muka anak kita ini, ia adalah satu semangat. Rasa macam nak buat yang paling terbaik untuk anak, Insya-Allah.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Andika sebagai bapa yang baik dan bertanggungjawab meskipun sebelum ini tular dengan kisah rumah tangganya serta terpalit dakwaan curang.

    Dia seorang ayah yang sangat baik, ayah yang sangat berlemah lembut dengan anaknya. Seronok tengok dia bercakap sopan dengan anak, tak jerit-jerit.

    Seorang ayah akan tetap memikirkan anak-anak dia walau apa pun yang berlaku.

    Kasih sayang ayah tak boleh menipu.

    Tak kisah apa masalah dia, ambil yang baik. Dia tak lupa anak dia, apa yang jadi pun dia tetap ayah yang bertanggungjawab.

    Anak perempuan memang akan rapat dengan ayah.

    Terdahulu, Andika memberi penjelasan panjang lebar berhubung isu curang dan perceraiannya untuk mempertahankan diri.

    ALSO READ:  [VIDEO] Fazura Kongsi Video AI Peluk Arwah Bapa, Netizen Nasihat Ambil Masa Tenangkan Diri

    Natasha sebelum ini mendedahkan dan mendakwa bekas suaminya berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.

    Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.

    Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts