Video di belakang tabir atau ‘behind the scenes’ sebuah drama lakonan Amar Baharin dan Siti Elizad telah menuai pelbagai reaksi wargamaya.
Tak berlapik?
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Amar dan Elizad dilihat bersentuhan ketika melakonkan satu babak dalam drama tersebut.
Babak berkenaan memperlihatkan Elizad yang mengenakan jubah berona hijau menangis teresak sebelum ditenangkan oleh Amar.
Bagaimanapun, apa yang mengundang rasa kurang senang netizen apabila mereka bersentuhan tanpa berlapik sebarang kain.
Antara bahagian yang disentuh tanpa berlapik adalah di bahagian muka dan tangan.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berpendapat babak tersebut kurang sesuai dilakukan oleh Amar dan Elizad memandangkan masing-masing sudah berkahwin.
Malah, ada juga yang tidak menyangka apabila Amar berbuat demikian kerana ada yang mengatakan dia kini ke arah Islamik.
Video
@fazli_radiusone? Izinkan Selamanya Namamu Dihati – EYE