Busana yang digayakan pelakon Amelia Henderson ketika menghadiri sebuah anugerah fesyen yang berlangsung pada Jumaat mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
‘Seksi sangat’
Pada acara yang berlangsung di ibu kota itu, Amelia dilihat mengenakan gaun seksi berona hitam rekaan pereka fesyen terkenal tanah air.
Bagaimanapun, gaun tersebut kelihatan terlalu seksi kerana mendedahkan bahagian perut serta dada sehingga menampakkan lurah payudara aktres berkenaan.
Busana tersebut mendapat kritikan orang ramai dan rata-rata wargamaya kurang senang melihat Amelia dalam persalinan itu.
Kata warganet, aktres itu sudah cukup jelita dan tidak perlu mengenakan pakaian yang seksi.
Malah, tidak kurang juga yang menasihati agar jangan mernomalisasikan pakaian seksi di Malaysia, tambahan lagi Amelia merupakan figura umum.