Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 26, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Terpesona Dengan Wajah Jelita Anak Gadis Que Haidar – ‘Muka...

    [VIDEO] Netizen Terpesona Dengan Wajah Jelita Anak Gadis Que Haidar – ‘Muka International Model’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Miliki rupa paras yang jelita, anak kepada pasangan selebriti Linda Jasmine dan Que Haidar iaitu Tengku Ratu Haidar sering mendapat perhatian warganet.

    Ibu bapa jadi contoh

    @remaja.my

    “Mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?” Sebagai puteri kepada ‘golden couple’ dunia hiburan tanah air yakni YM Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau Que Haidar serta Linda Jasmine Hashim, gadis yang bakal meniti usia 15 tahun ini pantas memancing perhatian dek penangan pengaruh ibu bapanya itu. Tengku Ratu Haidar kini bersedia untuk melakar sendiri hala tujunya dalam dunia seni. Berbekalkan semangat dan dedikasi yang tinggi bagi menyempurnakan skil tarian dan lakonannya, Ratu menggarap peluang keemasan untuk melibatkan diri dalam persembahan teater Musical Treasures, the Charity Musical bagi mengejar impian dalam dunia seni atas usahanya sendiri. ?SAKSIKAN video penuh di Youtube Majalah Remaja sekarang!! ? #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #TengkuRatuHaidar #quehaidar #lindajasmine

    ? original sound – Remaja – Remaja

    Menerusi temu bual bersama majalah Remaja, Ratu berkata, dia menjadikan ibu bapanya sebagai contoh yang terbaik dalam kehidupannya.

    Saya tak ada role model tetapi saya ada ibu bapa dan mahu membuat mereka bangga.

    Dalam masa yang sama, Ratu juga menyaksikan kejayaan ibu bapanya di dalam dunia seni tempatan.

    Semasa saya kecil saya selalu lihat ibu saya pergi ke Akademi Fantasia dan jarang berada di rumah.

    Saya tahu dua daripada filem bapa saya iaitu Rock Oo! dan juga Malek. Ayah saya dikenali menerusi filem Rock Oo! tetapi filem kegemaran saya adalah Malek kerana saya turut berlakon.

    Pujian netizen

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan yang dimiliki oleh gadis berusia 15 tahun tersebut malah wajahnya dikatakan layak untuk menjadi model antarabangsa.

    Muka international model ni. Jadi model Victoria Secret sesuai sangat dengan muka dia yang cantik.

    International level lawa dia. MasyaAllah.

    Lawa betul macam Barbara Palvin dah.

    Cantiknya, beauty with brain. Personalitinya yang merendah diri, pasti ibu bapanya bangga.

    Saya terpegun tengok kecantikkan dia.

    Sekadar info, Linda dan Que mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 lalu dan hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ratu dan Cleopatra.

    ALSO READ:  Nabila Razali Gementar Beraya Di Kampung Suami, Dah ‘Ready’ Bila Ditanya Soal Zuriat

    Untuk rekod, Linda juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Qalif Khan, 24, hasil daripada perkahwinan terdahulu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,205FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts