Semenjak mendirikan rumah tangga bersama Datuk Mokhtar Ahmad pada 2006, pelakon dan penyanyi jelita Datin Juliana Banos tidak lagi aktif di dalam dunia seni.
Kekal cantik
@kuehbakor Terima kasih kerana menjamu selera di cafe kami ?? #no1injohorbahrutown #kuehbakorbysugarbake #kuehbakor ? original sound – kuehbakor
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Juliana atau nama sebenarnya Juliana Azman Banos dilihat mengunjungi ke sebuah restoran bersama beberapa orang temannya.
Pelantun lagu Cinta Gila itu mengenakan seluar jeans, t-shirt berona hitam dan memakai cermin mata berwarna merah.
Meskipun berpakaian sederhana, namun rata-rata warganet memuji kecantikannya yang tak dimamah dek usia.
Lawanya, santai-santai je pun.
Rindunya nak tengok dia! Cantik sangat!
Dia bawa dirinya dengan sangat baik. Saya rasa dia antara pemenang Dewi Remaja yang terbaik. Masuk industri kerja rajin, fokus, tak ada gossip pelik-pelik, tahu-tahu dah kahwin je.
Kau masih cantik seperti dulu.
Maintain cantik macam Sarimah Ibrahim.
Sekadar info, Juliana terkenal menerusi beberapa filem antaranya Gerak Khas The Movie II, Gila-Gila Pengantin dan filem terakhirnya adalah Pontianak Menjerit.
Bukan itu sahaja, selebriti berusia 45 tahun tersebut turut mempunyai beberapa buah lagu popular antaranya Mana Satu, Sehidup Semati dan Tiap Detik.