Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, October 11, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Teruja Pertama Kali Lihat Bodyguard Siti Nurhaliza Senyum Sambil Dukung...

    [VIDEO] Netizen Teruja Pertama Kali Lihat Bodyguard Siti Nurhaliza Senyum Sambil Dukung Afwa!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

    Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

    “Jarang Nampak Dia Senyum, Manis Betul”-Netizen

    Baru-baru ini, tular satu video yanng dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @produktokti yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 137 ribu, tanda suka sebanyak 3,384 dan sebanyak 48 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan bodyguard kepada penyanyi no.1 Malaysia iaitu Tokti yang senyum sambil mendukung Afwa.

    @produktokti

    Afwa minta nak Beaunest ke tuh? 😂 Kecik2 dah ramah dengan staff ibu dan ayah. Mmg betul2 anak @Siti Nurhaliza ♥️ #Afwa #sitinurhaliza #tokti #beaunest #produktokti #sitinurhalizastore #birdnest

    ♬ Bye Bye Bye – From Deadpool and Wolverine Soundtrack – *NSYNC

    Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa itu adalah pertama kali melihat bodyguard Tokti tersenyum begitu. Tambah mereka lagi, walaupun badan Afwa kelihatan besar namun boduguard tersebut hanya mendukungnya sebelah tangan sahaja.

    Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

    Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,225FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts