Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Netizen Teruja Yang Di-Pertuan Agong Menyanyi Bersama Aizat Amdan!

    [VIDEO] Netizen Teruja Yang Di-Pertuan Agong Menyanyi Bersama Aizat Amdan!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Siapa yang tidak mengenali dengan Aizat Amdan yang terkenal dengan lagu “Hanya Engkau Yang Mampu” yang masih diingati ramai sehingga ke hari ini. Selain dari menyanyi, Aizat Amdan juga merupakan seorang penulis lirik yang terkenal serta dia juga berkebolehan dalam melukis.

    Aizat Amdan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi selepas menyertai program realiti nyanyian terbitan ASTRO iaitu Akademi Fantasia musim kelima. Antara yang turut serta pada musim kelima tersebut adalah Dafi, Mila Jirin, dan Heliza Helmi.

    Aizat Amdan Hulur Mikrofon dekat Yang Di-Pertuan Agong!

    Baru-baru ini, Berlangsungnya pesta Kuantan 188 yang melibatkan ramai penyanyi dan selebriti terkenal seperti, Aizat Amdan, Cakra Khan, Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Aisha Retno, dan Harith Iskandar.

    Di laman media sosial instagram milik Aizat Amdan, dia memuat naik beberapa video yang meraih perhatian ramai. Dalam video berkenaan, memaparkan Aizat Amdan menyanyikan lagu “Hanya Kau Yang Mampu” lalu menghulurkan mikrofon kepada Yang Di-Pertuan Agong, namun tidak sangka disambut dengan baik dan menyambung nyanyian tersebut.

    “Hanya Kau Yang Mampu feat Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.”-tulis Aizat Amdan.

    Rata-rata netizen yang melihat video tersebut mereka teruja kerana Yang Di-Pertuan Agong sangat ‘Sporting’ untuk bersama-sama menyanyikan lagu dari Aizat Amdan itu.

    VIA instagram

    Apa-apa pun, terbaiklah Yang Di-Pertuan Agong kerana sudi untuk menyanyikan sedikit lagu tersebut. Apa kata anda?



    Credit: Selebriti – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts