Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nidza Afham Selamat Dikebumikan, 400 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

    [VIDEO] Nidza Afham Selamat Dikebumikan, 400 Orang Hadir Beri Penghormatan Terakhir

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada jam 6.35 petang Khamis.

    Selamat dikebumi

    Majlis pengebumian itu berjalan lancar dengan dihadiri kira-kira 400 orang termasuk ahli keluarga, saudara mara dan rakan terdekat.

    Sebelum itu, jenazah telah dimandi dan dikafankan di Unit Jabatan Forensik, Hospital Shah Alam sejurus selesai proses bedah siasat.

    Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Puncak Alam untuk disolatkan.

    Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan penemuan satu mayat lelaki dewasa di sekitar Jambatan Sungai Klang, pada Rabu.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, mayat lelaki berkenaan memakai pakaian berwarna gelap bernombor 56.

    Pihak polis kemudiannya mengesahkan mayat lelaki berkenaan adalah Nidza Afham.

    Sebelum ini, adik kepada arwah iaitu penyanyi Aufahanie memaklumkan abangnya dilaporkan hilang sejak malam Selasa selepas keluar melakukan aktiviti jogging di Stadium Klang.

    @official

    Replying to @ns ?? Jenazah Allahyarham Nidza Afham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cherakah, Puncak Alam, pada jam 6.35 petang Khamis. Al-Fatihah ?? # #trendingnewsmalaysia #nidzaafham #selamat #dikebumikan

    ? Sad and lonely – MoppySound

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts