Tiada angin tiada ribut, tular satu video di Tiktok yang memaparkan aksi mesra pelakon, Fify Azmi bersama aktor, Niezam Zaidi.
Beri ‘Hint’ Sedang Bercinta?
Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, memaparkan kompilasi momen-momen manis kedua-dua pelakon ini yang seolah-olah memberikan bayangan bahawa mereka berdua sedang hangat dilamun cinta.
“Just two of us.”-kapsyen ringkas Fify Azmi di TikTok
@fifyazmiofficial Just the two of us ✨
♬ suara asli – story juna – story juna
“Pergh Takde Mood Dah Aku…”
Perkongsian video oleh Fify ini dibanjiri pelbagai reaksi netizen, malah ramai yang ‘patah hati’ melihat Niezam bersama aktres berkenaan.
“Ni Niezam saya kakkkkkk 😭😭😭😭😭.”
“Dia dapat crush childhood kita semua guyssssss 😭😭.”
“Broken nya aku 😭🤣.”
“Unexpected, tapi comel. Semoga bahagia ❤️❤️.”
“Yang ni dua-dua sesuai sangat.”
“Pergh takde mood dah aku pepagi 😔.”
“Terus takde mood nak sarapan 😭.”
“Halal terus please 🤍.”
“Baru je bangun pagi, terus patah hati ni.”
Dedah Sikap Niezam Zaidi
Dalam pada itu, Fify dilihat membalas salah satu komen yang menyifatkan dirinya gemar bersama lelaki yang nakal atau lebih dikenali sebagai ‘bad boy’.
“Fify suka bad boy 😭😭.”-komen netizen
Jelas Fify, Niezam Zaidi bukan lelaki yang dianggap sebagai nakal selain memuji sikapnya yang sangat baik.
“Dia bukan bad boy. Dia kini lelaki baik. My good man. InsyaAllah.”-balas Fify
Kita doakan yang terbaik sahaja lah buat mereka berdua..Apa komen anda?