Penyanyi, Ning Baizura mendapat kritikan netizen selepas dikatakan tidak mengambil cakna terhadap isu yang menjadi perhatian global, iaitu isu Palestin-Israel di media sosial.
Tak Tahu All Eyes On Rafah?
Menerusi sedutan sesi live di Instagram yang dimuatnaik oleh netizen di aplikasi X, Ning Baizura dilihat terpinga-pinga apabila membaca komen netizen yang menulis ‘All Eyes on Rafah’.
“All eyes on Rafah, siapa tu?-“kata Ning dalam sesi live di IG
“All eyes on Rafah. Who’s that?” Ada eh manusia yang macam ni sekali? Kalau cakap artis malaysia memang ramai out of touch or just plain bangang kang mula lah sekor sekor sentap terpaling artist pun struggle jugak blablabla. Its high time we de-influence n defund these people lah pic.twitter.com/EKaWQkzx0h
— Juju (@arxxxxmand) May 14, 2024
“Malu Je Laa Kat Bangsa lain Overseas Yang Sanggup Berjuang…”
Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap penyanyi ini yang didakwa tidak peka dengan isu semasa.
“So memang tak pernah ambil tahu la? Sebab memang obvois sangat dah ni.”
“Malu je la kat bangsa lain overseas yang sanggup berjuang lawan bagi sokongan untuk Palestin. Kau yang Islam Melayu macam ni. Aiyoo tak tahu la nak cakap apa. Lantak kau la, urban sangat kan.”
“Dia jenis workaholics Ning ni, logik la dia tak peraan pasal Rafah, Palestin, dan Blockout 2024 sekarang. Tak perlu kot nak hentam dia, orang busy memang tak dapat fikir benda lain. Orang yang macam kita semua je jenis acah-acah cakna semua perkara. Biar lah dia dengan kerja dia. Kita fokus doa kita untuk Rafah.”
“Sorry tapi geli dengan Melayu terlebih mat saleh gini. Dia dah patut lama kena boikot since nyanyi Awan Terpilu live jadi pelat menciptakan terus dengan menciptakun.”
Apa komen anda?