Pelakon, Datin Seri Noniswara memaklumkan bahawa dia baru sahaja selesai menjalani tempoh edah setelah kematian suaminya iaitu Allahyarham Datuk Seri Dr. Sheikh Nordin pada 1 Oktober tahun lalu.
Teruskan kehidupan
Menerusi temu bual Mingguan Wanita, aktres berusia 54 tahun itu berkata dia kini dalam fasa ‘move on’ meskipun masih terasa kehilangan suami tercinta.
Saya baru habis edah, saya kena move on lah. Inilah saya baru nak mula balik jumpa orang, baru nak datang datang..
Walau bagaimanapun, jelas kelihatan pada wajahnya rasa rindu yang mendalam terhadap arwah suami namun Noniswara berkata dia perlu cekal menjalani kehidupan seperti biasa.
Yang pergi tetap pergi, tapi sudah semestinya saya selalu ingat dan rindu. Tapi nak buat macam mana saya kena hadirkan diri supaya saya nak move on, nak lupakan. Bukan nak lupakan dia terus tapi kesedihan.
Saya kena teruskan kehidupan..kenangan bersama. Kami selalu bersama jadi bila tak ada tu rasa macam kekok.
Terdahulu, Allahyarham Sheikh Nordin telah menghembuskan nafaz terakhir pada 1 Oktober jam 10.16 malam. Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak tujuh tahun lalu namun tidak dikurniakan cahaya mata.
Untuk info, Allahyarham Sheikh Nordin merupakan bapa mentua kepada penyanyi rap, MK K-Clique yang berkahwin dengan Siti Hajaar pada 16 Jun lalu.