Nama pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah terdahulu pernah menjadi bualan ramai selepas dikatakan tidak lagi mengenakan hijab serta berkongsi foto dirinya yang berpenampilan seksi.
Tindakannya yang mengejutkan itu turut menarik perhatian rakan karibnya yang juga pelakon, Mila Jirin yang berasa sedih dan terkejut dengan penampilan Nonny yang mengundang pelbagai persoalan.
Terkini, Nonny kembali mengejutkan netizen apabila memuatnaik satu video di laman Instagram miliknya yang memaparkan dirinya yang mengenakan kaca mata hitam itu sedang membuka baju dan bertindak mencukur rambutnya sehingga botak.
Tidak mendedahkan sebabnya bertindak sedemikian, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah binti Zainuddin dilihat hanyalah memberikan kapsyen ringkas pada hantarannya itu.
“Twinnies.”-tulis Nonny di Instagram
Nonny sebelum ini pernah mendedahkan bahawa dia melalui kehidupan yang sukar disebabkan gangguan sihir daripada individu yang dikenali sejak beberapa tahun yang lalu.
Pelakon berusia 34 tahun ini juga pernah mendirikan dengan seorang lelaki berstatus duda Mohamed Mustain pada Mac 2008, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama setahun.