Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta, merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya iaitu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Tak Pergi Gym, Bersukan Pun Tak Reti Tapi Badan Maintain!”
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @rosixomar25 yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 78 ribu, tanda suka sebanyak 2,630 dan sebanyak 20 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang berkunjung ke rumah Noor Nabila semmpena dengan rumah terbuka Hari Raya. Di dalam video tersebut juga Noor Nabila mengatakan bahawa Che Ta sememangnya bukan orang keranamakan banyak akan tetapi badan tetap sama.
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! 😂 #rosixomar #jebatjayden #rozitachewan #nabila
♬ original sound – Rosixomar – Rosixomar
Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa sememangnya Che Ta seorang yang sangat menjaga penampilan dan berat badan. Tambah mereka lagi, bukan senang untuk menjadi seperti Che Ta yang sangat menjaga kecantikkan dari atas sehingga bawah.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?