Minggu lalu, industri dikejutkan dengan berita penyanyi, Datuk Nora Ariffin yang dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta di Kajang akibat sesak nafas.
Berita itu dikongsi sendiri oleh suami kepada Nora iaitu Dr Rushdi Ramli dan kemudian dikongsi oleh penyanyi, Datuk Aishah di Instagram pada malam Isnin.
“Syukur Seolah-Olah Diberi Peluang Kedua…”
Terkini, genap 10 hari dirawat di hospital serta 3 hari berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Nora menerusi hantaran di Instagram berkongsi keadaan terkininya yang kini dibenarkan untuk berehat di rumah serta menitipkan rasa syukur apabila dirinya seolah-olah diberikan peluang kedua oleh Allah SWT.
“17 November 2023, genap 10 hari saya berada di hospital, 3 hari di ICU. Alhamdulillah kini sudah pun kembali berehat.
Syukur seolah-olah diberi peluang kedua. Allah saja yang tahu. Terima kasih buat suami & anak-anak tersayang.”-kongsi Nora di Instagram
https://www.instagram.com/p/Cz0cQIcJR3R/?img_index=1
Dibanjiri Doa Rakan Selebriti & Peminat
Perkongsian Nora dibanjiri dengan komen peminat serta rakan selebriti seperti, Erra Fazira, Amin Idris, Haiza Hanafi dan ramai lagi menitipkan doa buat penyanyi Hanyalah Satu ini agar diberikan kesembuhan dengan cepat.
“Alhamdulillah sista. Moga segera sembuh dan kembali sediakala. Boleh sama-sama hadir majlis ilmu lagi. InsyaAllah. Take care sista.”-Erra Fazira
“Alhamdulillah syukur. cepat sembuh kak.”-Haiza Hanafi
“Get well soon akak. Syafakillah.”-Amin Idris
“Good to know you’re better kak. Been praying for you. God bless you kak Nora Ariffin.”- Vince Chong
“Semoga dipermudahkan segala urusan Puan Nora Ariffin selalu. Aamin Ya Allah.”
Sama-sama kita doakan agar Nora Ariffin diberikan kesembuhan…