Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, November 22, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nora Ariffin Nafi Bekas Suami Diacu Senjata Ketika Lafaz Cerai –...

    [VIDEO] Nora Ariffin Nafi Bekas Suami Diacu Senjata Ketika Lafaz Cerai – ‘Dia Dapat Panggilan Telefon Untuk Lepaskan Saya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi, Datuk Nora Ariffin akhirnya tampil membuka mulut berhubung perceraiannya dengan bekas suami, Dr Rushdi Ramli.

    ‘Perceraian itu berlaku secara paksaan’

    Ketika ditemui , Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Datuk Wan Ariffin mendedahkan bahawa perceraiannya itu berlaku secara paksaan.

    Memang perceraian itu berlaku secara paksaan dan berlaku depan mata saya.

    Ketika kejadian kami baru selesai solat Subuh bersama dan dia dapat panggilan telefon untuk ‘lepaskan’ saya.

    Pelantun lagu Sandiwara ini akui sangat terkejut dengan kejadian tersebut apatah lagi mengetahui hubungannya dengan bekas suami pada ketika itu berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

    Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun saya tahu siapa yang memberi arahan itu.

    Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media Konsert Hanya Satu Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey di BSYNCLIVE, pada Rabu.

    Dalam pada itu, Nora akui tindakannya memuat naik video diceraikan bekas suami adalah satu kesilapan daripada pihaknya. Walau bagaimanapun, dia telah memohon maaf kepada bekas suaminya atas keterlanjuran perbuatannya itu.

    Disebabkan terlalu emosi saya terus merakam perceraian dan memuat naik di media sosial tanpa fikir implikasinya.

    Saya sedar tindakan saya adalah satu kesilapan. Sebagai manusia, saya tidak mampu mengawal emosi dan berfikir secara rasional.

    Lagipun situasi waktu itu sangat mengejutkan dan menyebabkan trauma kepada diri saya. Ia berlaku di luar kawalan saya. Sebenarnya tujuan saya kongsikan video itu hanyalah untuk menjelaskan status terkini saya. Cuma saya tak boleh nak kongsi lebih lanjut mengenai apa yang berlaku.

    Sementara itu, Nora menafikan khabar angin segelintir pihak yang mendakwa bekas suaminya itu diugut dengan cara diacukan pistol ketika melafazkan talak kepadanya.

    Saya tahu apa yang terjadi. Tiada pistol, tiada pisau.

    Terdahulu, pasangan itu bergelar suami isteri pada 2021, malah Rushdi adalah sahabat baik arwah suami Nora iaitu Allahyarham Johan Nawawi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Datuk Red Kongsi Detik Perkenalan Dengan Adira – ‘Selepas Dua Minggu Kenal, Selamba Saya Ajak Dia Kahwin’

    Johan yang juga komposer tersohor meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung pada usia 52 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts