Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak, Tidak Lagi Tinggal Sebumbung –...

    [VIDEO] Nora Danish Akui Rumah Tangga Bergolak, Tidak Lagi Tinggal Sebumbung – ‘Perceraian Adalah Jalan Terakhir’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Pelakon Nora Danish menjawab dakwaan keretakan rumah tangga dan tidak lagi tinggal sebumbung bersama suami, Nedim Nazri.

    Retak menanti belah?

    Menurut Nora, dia mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah namun mereka berdua sedang berusaha menangani kemelut tersebut.

    Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.

    Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah.

    Kata Nora, punca keretakan rumah tangga mereka tiada kaitan dengan kehadiran orang ketiga.

    Apa yang berlaku, tiada kena mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalahkan.

    Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak.

    Spekulasi tentang keretakan rumah tangga Nora timbul selepas mereka tidak berkongsi gambar raya bersama baru-baru ini.

    Namun, dia memberitahu masih berhubungan baik dengan Nedim terutama melibatkan urusan anak-anak biarpun sudah tidak tinggal sebumbung sejak tiga bulan lalu.

    Kami tetap berhubung terutama pasal anak-anak. Saya tidak mahu apa yang berlaku memberi unsur negatif terutama kepada anak-anak.

    Anak-anak okay tetapi yang kecil itu mungkin tidak faham. Mereka lebih tertekan dengan keadaan rumah kami yang belum
    selesai direnovasi.

    Macam saya cakap, kami berdua sedang berusaha sebaik mungkin untuk memperbaiki hubungan ini. Sebab itu masing-masing perlukan ruang.

    Dalam masa sama, pelakon filem Terkutuk ini menyerahkan soal rumah tangga mereka kepada ketentuan Tuhan.

    Itulah aturannya, kebetulan seiring dengan keadaan rumah yang sedang direnovasi, masing-masing cari ruang untuk selesaikan masalah ini.

    Kami berdua serahkan dan doakan yang terbaik. Macam saya cakap, perceraian adalah jalan terakhir. Kami berdua pernah melalui fasa itu jadi apa pun, kita mahu yang terbaik.

    Untuk rekod, Nora dan Mohamad Nedim Nazri mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

    ALSO READ:  Bekas Suami Nafi Orang Ketiga Punca Bercerai, Dakwa Irma Sudah Diberitahu Mengenai Perkahwinan Baru

    Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang anak, Putra Rayqal, 15 tahun sebelum bercerai pada 2008.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts