Pelakon, Nora Danish menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang ke-16, hari ini.
Nora, menerusi hantaran di Instagram akui masa berlalu begitu pantas apabila melihat anaknya semakin membesar menginjak usia remaja.
“7 Januari 2025, Alhamdulillah syukur. Happy 16th birthday, buah hati mommy!. Saya tidak percaya bagaimana masa berlalu begitu pantas.
Melihat kamu membesar menjadi seorang lelaki yang baik, kuat dan hebat adalah salah satu kegembiraan dalam hidup saya.
Jangan lupa solat, baca Al-Quran, berzikir, dan sentiasa berdua sayang. Allah SWT mendengar.
I love you more than words can ever express. 🤍 With all my love, Mommy.”-titip Nora di Instagram
View this post on Instagram
“Ya Allah Bagusnya Silaturahim Keluarga Ini…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat kehadiran Fasha Sandha, Nedim Nazri serta Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai yang turut hadir meraikan hari lahir Rayqal. Malah, ramai yang menitipkan doa agar silaturahim keluarga ini berkekalan.
“Ya Allah bagusnya siraturrahim family ni, buang habis smua sengketa lama, loveee sangat! ❤️ Happy birthday Qal! ❤️.”
“Teruskan contoh terbaik berkeluarga..happy birthday qal..untung qal dapat keluarga yg saling sayang menyayangi…love nora danish 😘😘😘😘😘.”
“Suka tengok Nora and Fasha Sandha walaupun dah bercerai tapi masih baik bersama ex husband tak perlu bermusuh demi kebaikan anak-anak.”
“Tumpang happy buat family Nora..semoga anak-anak Nora dan Fasha jadi anak-anak yang soleh dan solehah..amin.”
Sama-sama kita doakan yang terbaik buat keluarga ini agar terus bersama hingga akhir hayat..