Pelakon Nora Danish dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membaca puisi bersempena Festival Sunnah, baru-baru ini.
Bahagian paling indah
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Nora kelihatan sebak tatkala membaca setiap bait-bait perkataan yang terkandung dalam puisi tersebut. Menurut Nora, bahagian yang dimuat naik itu merupakan bahagian puisi paling indah dan menusuk lubuk jiwanya.
Di antara bahagian puisi indah menusuk lubuk jiwa paling dalam dari sang pencinta, Ustazah @asnimansor.
Nora juga sempat berterima kasih kepada aktres Umie Aida dan Dato Alha Alfa kerana sudi menjemputnya ke festival tersebut.
Rasa diri belum cukup layak berada di atas pentas bersama wanita-wanita hebat ini. Nora amat ah bersyukur kerana diberi peluang dan tidak akan lupa momen indah ini.
Video
View this post on Instagram
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat video tersebut.