Baru-baru ini, tular satu potongan video memaparkan bekas personaliti televisyen, Norjuma Habib Mohamed yang meminta untuk memanggilnya dengan gelaran ‘Datin Che Puan’ ketika satu sesi sidang media.
‘Datin Che Puan Norjuma’
@hariznazzir Datin Che Puan Norjuma ? Datin Norjuma muncul di Kota Bharu. #newyork #norjuma #CopBorak ? original sound – Hariz Nazzir
Menerusi video yang dimuat naik Hariz Nazzir di TikTok, Norjuma meminta rakan media untuk memanggilnya dengan gelaran tersebut ketika memberikan penjelasan mengenai waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur ke atas dirinya.
Sebenarnya boleh tau kalau panggil saya Datin Che Puan Norjuma. Saya sangat okay kalau dipanggil dengan gelaran itu.
Kalau orang lain mungkin mereka akan cakap, ‘Eh tak apa sebab kami tak kisah dengan gelaran itu’.
Itu tak apalah (hak mereka) kalau dah kahwin dengan orang lain kan?
Ketika ditanya mengenai status rumah tangganya, wanita berusia 44 tahun ini menjelaskan dirinya masih mempunyai suami namun enggan mengulas dengan lebih mendalam.
Suami saya sekarang, ada lah. Suami saya sekarang mungkin suami orang (lain) dulu.
Hantaran tersebut telah meraih perhatian wargamaya yang rata-ratanya meragui dan mempersoalkan status Norjuma.
Terdahulu, empat Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur mengarahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap Norjuma Habib kerana gagal hadir pada prosiding sebutan kes.
Difahamkan, sebutan kes itu berkaitan dengan lima pertuduhan membabitkan Norjuma yang didakwa telah mencederakan tiga individu dan melakukan khianat, tujuh tahun lalu.