Pelakon veteran, Norlia Ghani menyangkal dakwaan sesetengah orang yang mengatakan seniman agung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berdepan dengan kehidupan yang susah sebelum meninggal dunia.
‘Itu semua tipu’
@legasipodcastItu semua tipu! Wajib tonton dalam Episod 19 Legasi; Sembang, Sambung! Tonton Episod baru minggu ini bersama Adlin Aman Ramlie & Dato Khairul Anwar Salleh di Youtube Legasi Podcast. #LegasiPodcast #FYP #NorliaGhani #AdlinAmanRamlie #KhairulAnwarSalleh #nusapodcast #nusamedia #pramleetrilogy? original sound – Legasi Podcast
Menerusi sesi podcast ‘Legasi Podcast’ yang dikendalikan Adlin Aman Ramlie dan Datuk Khairul Anwar Salleh, Norlia berkata P. Ramlee tetap mendapat tawaran untuk membuat persembahan di beberapa tempat meskipun berada di fasa kejatuhan.
Itu semua tipu (hidup susah) sebab walaupun berada di fasa kejatuhan, arwah tetap dipanggil untuk membuat ‘show’ dan sebagainya.
Kemudian, tak adalah pula dia sampai nak kena minta pada orang untuk makan ke apa.
Dia masih lagi boleh buat lagu dan mengarang juga ketika itu.
Lagu arwah pula ada bayaran ‘royalty’ dan tak adalah sampai papa kedana pun.
Sehubungan dengan itu, ibu kepada pelakon Rusdi Ramli ini terkilan ada pihak yang menjaja cerita mengatakan P. Ramlee berdepan dengena kehidupan yang daif sebelum ini.
Jadi, saya tak faham yang sampai hari ini pun ada juga pihak boleh cakap macam itu (P. Ramlee hidup susah).