Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, November 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Norman Hakim ‘Lepas Rindu’ Bertemu Yusof Haslam, Netizen Sebak!-“Macam Ayah Dan...

    [VIDEO] Norman Hakim ‘Lepas Rindu’ Bertemu Yusof Haslam, Netizen Sebak!-“Macam Ayah Dan Anak..”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon, Norman Hakim ‘melepaskan rindu’ apabila dapat menjalani penggambaran sebuah program televisyen bersama pelakon dan pengarah legenda, Datuk Yusof Haslam.

    Menurut Norman, dia sangat merindui Yusof Haslam yang telah banyak berjasa dalam perjalanannya sebagai anak seni selain menumpang ‘lepas rindu’ antara seorang anak kepada seorang bapa.

    “Lillahita’ala saya sangat merindui susuk tubuh ini. Insan yang sangat berjasa terutama dalam perjalanan saya sebagai anak seni, tak lain tak bukan the one and only @datuk_yusofhaslam.

    Banyak luahan kasih yang tersirat bila dah lama sangat tak berjumpa. Dalam masa yang sama umpama menumpang lepas rindu antara seorang anak pada seorang ayah (Al-Fatihah) dan mungkin sebaliknya dari seorang ayah pada seorang anak. Segalanya terzahir melalui sentuhan yang tersurat.”-kongsi Norman Hakim di Instagram

    @normanhakim_786

    Lillahita’ala saya sangat merindui susuk tubuh ini.Insan yang sangat berjasa terutama dalam perjalanan saya sebagai anak seni, tak lain tak bukan the one and only @Datoyusofhaslam Banyak luahan kasih yang tersirat bila dah lama sangat tak berjumpa.Dalam masa yang sama umpama menumpang lepas rindu antara seorang anak pada seorang ayah (Al-Fatihah) dan mungkin sebaliknya dari seorang ayah pada seorang anak.Segalanya terzahir melalui sentuhan yang tersurat. Alhamdulillah platform rakaman #HealingBersamaZizan untuk Astro ni jadi medan untuk kami menjalin semula ukhuwah & silaturrahim. 4 jam rakaman diselang seli dengan sesi borak2 ‘lepas rindu’. Topik yang agak ‘private & confidential’, kitaorang lari jauh sikit takut orang dengar😅 Till we meet again in shaa Allah.I will always have yr back. Mohon doakan insan yang banyak berjasa dalam hidup saya ni dikurniakan rahmat,lindungan dan kasih sayangNya dalam usianya yang bakal memasuki 70 tahun bulan April ini in shaa Allah Aamiin Ya Rabb🤲🏻

    ♬ Sampai Menutup Mata – gonebloom

    “Macam Ayah & Anak Yang Dah Lama Tak Jumpa..”

    Menitipkan doa agar Yusof Haslam sentia berada di bawah lindunganNya, perkongsian Norman turut mencetuskan rasa sebak netizen yang melihat kemesraan antara Norman dan Yusof Haslam yang benar-benar kelihatan seperti bapa dan anak yang sudah lama tidak bertemu.

    ALSO READ:  Kazar Mengaku Kurang Dapat Tawaran Berlakon, Banyak Luang Masa Di Rumah Bersama Cucu & Tanam Pokok

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts