Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, November 28, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nourul Depp Teringat Perkongsian Arwah Mak – ‘Walau Ramai & Hanya...

    [VIDEO] Nourul Depp Teringat Perkongsian Arwah Mak – ‘Walau Ramai & Hanya Seorang Buat Perangai.. Tetap Mahu Anak Bersama Aku’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Penyanyi Nourul Depp berkongsi tentang kasih sayang ibunya terhadap anak-anak.

    Perkongsian ibu

    @syurgaw1

    #SemogaBermanfaat? PerkongsianTerbaik?

    ? bunyi asal – ??MuRNiJaMiE?? – ??MuRNiJaMiE??

    Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab menceritakan tentang kisah ibunya yang memiliki ramai cahaya mata.

    Menurut Nourul, meskipun ibunya mempunyai seorang anak yang bermasalah namun wanita itu sama sekali tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya.

    Arwah mak saya dulu mempunyai anak yang sangat ramai, 15 orang.

    Dalam 15 orang itu macam-macam perangai, ada juga yang mengecewakan mak saya.

    Saya pernah bercakap pada mak saya,’seorang buat perangai mak ada anak lain lagi.’

    Kemudian mak jawab, ‘kau jangan silap, walaupun anak aku ramai dan hanya seorang yang buat perangai, aku tetap mahu anak aku bersama aku..aku tetap bagi fokus yang sama dekat anak aku.’

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu Kerana Terluka tersebut berkata, sikap mengambil berat terhadap anak-anak adalah sifat semula jadi yang ada di dalam hati seorang ibu.

    Mak mak ini semua sebenarnya tamak, tamak dalam bentuk yang baik. Jadi tak kiralah dia ada anak berapa ramai sekali pun, dia tetap akan ingat juga anak-anak yang buat perangai.

    Bukan dia tak fokus pada anak-anak yang lain, tetapi dia tetap rasa bertanggungjawab untuk membantu anak yang mungkin rasa kurang diberi perhatian.

    Jadi anak-anak semua, jangan rasa mak ada anak lain..kemudian tak mengapa untuk kita seorang sahaja buat perangai. Tidak.

    Untuk info, Nourul pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi dan komposer, Ajai namun mereka berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan itu mereka memiliki seorang anak perempuan iaitu Ayu Nazairah, 26.

    ALSO READ:  Raja Azrey Seronok Kerja Belakang Tabir, Tak Sangka Iklan Raya ‘Egois’ Arahannya Dapat Sambutan

    Nourul kemudian mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, 11, Raphael Depp, 9, dan Isabella Depp, 5.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts