Pelakon Nur Nilam Ortiz memberitahu, dia dan suami iaitu aktor, Azlan Komeng sudah menghalalkan duit yang hilang sewaktu mereka terlibat dalam satu kemalangan di Kuala Lipis, Pahang, minggu lalu.
Halal dunia akhirat
Enggan memikirkan lagi soal wang tersebut, Nilam berkata, dia juga sudah memaafkan si pelaku yang mencuri duit hasil daripada perniagaan yang diusahakan bersama suami.
Saya nak cerita fasal isu duit kami yang hilang, ramai sangat tag dan bertanya kerana sehingga sekarang tiada sebarang kenyataan dikeluarkan.
Sehingga kini, saya masih belum terima duit yang hilang itu. Belum juga terima sebarang panggilan telefon atau mesej untuk pulangkan wang berkenaan.
Saya sedia maklum, potensi untuk dapatkan semula duit tidak akan berlaku. Jadi selepas difikirkan, saya dan suami kata, demi Allah demi Rasul kami halalkan duit tersebut dunia akhirat.
Nilam berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran video di TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Nilam percaya ada rezeki lain buatnya dan suami selain berharap si pelaku menginsafi perbuatannya.
Kami minta pada Allah, semua Allah lapangkan dan luaskan rezeki kami sekeluarga. Kami tidak mahu fikir lagi. Kalau ada rezeki, insya-Allah.
Untuk awak (pelaku) yang ambil duit kami, kami suami isteri halalkan duit tersebut. Supaya kejadian ini menjadi asbab untuk awak berubah, sama-sama doa.
Terdahulu, Azlan memaklumkan, sebuag beg berisi wang hasil perniagaan telah dicuri sewaktu dia dan isteri terlibat dalam satu kemalangan jalan raya.
Video
@puan_nilamortizpenjelasan isu duit hilang, korang dengar ye???? original sound – puan nilam ortiz