Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nurul Shuhada Bimbang Pilih Pasangan Sebab Anak-Anak Trauma & Tak Setuju...

    [VIDEO] Nurul Shuhada Bimbang Pilih Pasangan Sebab Anak-Anak Trauma & Tak Setuju Kahwin

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    shuhada anak-anak traumashuhada anak-anak trauma

    Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada berkata buat masa ini dia memilih untuk tidak membuka hati kepada mana-mana lelaki kerana masih di fasa trauma dengan perkahwinan terdahulu.

    Anak-anak tak bagi

    shuhada anak-anakshuhada anak-anak

    Ketika ditemui seusai perbicaraan kes dakwaan dicederakan bekas suaminya di Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu  pagi Selasa, Shuhada berkata dia tidak mendapat restu daripada kedua anaknya untuk berkahwin lagi.

    Menurut Shuhada, anak-anaknya risau andai emosi mereka terganggu lagi dengan hubungan baru.

    Anak-anak trauma dan tak izin saya kahwin kerana risau salah pilih pasangan dan menangis lagi.

    Saya memang nak jaga emosi anak-anak sahaja, nak berikan kebahagiaan buat mereka dan tidak mahu mereka membesar dalam keadaan yang tak elok.

    Selain itu, wanita berusia 30 tahun ini juga akui trauma yang dialaminya masih membekas justeru dia selesa setakat berkawan sahaja dengan lelaki.

    Buat masa sekarang ini saya memang trauma dan takut apa yang jadi selepas ini.

    Memang ada yang cuba dekati saya dan anak-anak tapi saya anggap hanya kawan saja sebab nak mulakan hubungan baru tu saya kena sembuhkan diri dulu.

    Dalam pada itu, Shuhada berkata dia kini ingin memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap perkembangan anak-anak selain masih menyimpan hasrat untuk mencapai cita-citanya.

    Sekarang ini bukan menjadi keutamaan saya untuk mencari pengganti mahupun kejar dunia sebab yang penting nak didik anak-anak.

    Nak jaga mereka elok-elok sebab tak mahu mereka ulang kesilapan yang sama macam saya dan kalau boleh nak capai cita-cita tertangguh dulu.

    Walau bagaimanapun, Shuhada sama sekali tidak menolak kemungkinan jika suatu hari nanti dia bertemu jodoh dengan lelaki yang sesuai.

    ALSO READ:  ‘Tolong Faham Ini Punca Rezeki Saya’ – Zarina Anjoulie Mohon Maaf, Mengaku Dapat Tajaan Sepenuhnya Pembedahan Hidung

    Untuk rekod, Shuhada dan Hafidz mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu.

    Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 7, dan Umar berusia 4 tahun.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts