Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Nyanyian ‘High Note’ Mila Jirin Dipuji Ramai-“Jeritan Dia Tak Bingit &...

    [VIDEO] Nyanyian ‘High Note’ Mila Jirin Dipuji Ramai-“Jeritan Dia Tak Bingit & Sedap Di Dengar!”

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Norsyarmilla binti Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin merupakan seorang penyanyi yang terkenal suatu ketika dahulu.

    Rezekinya berkembang dalam bidang nyanyian setelah memenangi satu pertandingan realiti terbitan Astro, iaitu Akademi Fantasia Musim ke-5. Mila bertanding bersama finalis lain iaitu Ebi, Aswad, Heliza dan Candy.

    Kejuaraan Mila pada musim ke-5 itu, sekaligus memecahkan tradisi Juara AF yang sebelum ini didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi dan Faizal.

    Mila sempat meneruskan kerjaya sebagai seorang penyanyi beberapa tahun sehingga mendapat pingat emas di pertandingan luar Negara. Setelah berkahwin, Mila membuat keputusan untuk berhenti seketika menjadi penyanyi dan meneruskan kerjaya dalam bidang perniagaan.

    “Dia Bawakan Lagu Ni Lagi Sedap Dari Yang Lain”

    Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @aienieka yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.1 juta, tanda suka sebanyak 36 ribu dan sebanyak 1134 komen.

    Di dalam video berkenaan, memaparkan Mila Jirin yang menyanyikan bahagian tinggi lagu ‘Dawai’ dan mendapat tepukan dari tetamu yang hadir di situ.

    @aienieka

    Dawai, full version visit @milajirin_bizmilla #bizmillaweddingcentre

    ♬ original sound – Nurulain Syafiqah – Nurulain Syafiqah

    Rata-rata netizen memuji nyanyian Mila Jirin itu. Mereka juga mengatakan bahawa suara Mila Jirin masih kekal berbisa sehingga ke hari ini.

    “Dia ni betul-betul kena come back, suka suara dia dari zaman AF lagi”

    “Merdu sangat suara Mila love, Bila time tarik tu suara nada tinggi tak sakit telinga dengar terbuai dengan suara Mila terbaik”

    “Ramai menyanyi lagu ni but MIla nyanyi paling merdu saya rasa. Lemak-lemak suara sedap”

    “Suara Mila ni bila Jerit tak bingit, sedap dengar macam Ernie Zakri”-kata mereka

    VIA TIKTOK

    Apa-apa pun, jika suatu hari nanti Mila Jirin kembali menyanyi, pasti ramai peminat yang menyokongnya itu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Mila Jirin Payung Lagu Dawai, Netizen Berharap Agar Kembali Menyanyi!

    Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat. Apa kata anda?

    Related articles

    Follow Us

    20,246FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts