Zulkifli Ariffin atau lebih mesra dengan panggilan Zul Ariffin merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2008 menerusi watak pembantu dalam siri drama Awan Dania dan kemudiannya beralih ke watak utama sebagai Inspektor Ashraf dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran di RTM, Gerak Khas sehingga drama itu direhatkan pada 2011. Beliau membuat kemunculan filem pertamanya menerusi watak ASP Zam dalam filem Evolusi KL Drift 2 pada 2010.
Namanya mula menjadi perhatian ramai menerusi gandingannya bersama Ayda Jebat dalam Rindu Awak 200% yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Kejayaan drama ini membawa gandingan kali kedua beliau bersama Ayda menerusi drama M.A.I.D di Astro Ria. Menerusi Festival Filem Malaysia ke-26, beliau memenangi Pelakon Harapan Lelaki menerusi persembahannya dalam filem Penanggal.
“Ni Bukan Nyanyian, Tapi Jeritan Happy Birthday Ni”-Netizen
Terdahulu, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sinar_my yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 179 ribu, tanda suka sebanyak 5,943 dan sebanyak 37 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Zul Ariffin yang hadir di sebuah program nyanyian dan kemudian beliau dinyanyikan lagu selamat hari lahir daripada penonton yang hadir disitu.
@sinar_my
Sampai menekan nyanyi lagu Happy Birthday untuk Zul Ariffin tu 😂 『 Konsert Kilauan Emas 2024 (Minggu 7) 』 #SINARKongsi #THRGegar #LiveUpdateSINAR #KilauanEmas2024 #OtaiKembaliBerbisa
♬ original sound – SINAR – SINAR
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa penonton menyanyi kuat sebegitu kerana mengikut rentak Elly Mazlein yang menjadi pengacara pada rancangan tersebut.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?