Selain baju raya dan duit raya, kuih raya juga antara elemen penting yang perlu ada ketika menyambut Aidilfitri.
Tak kisahlah sama ada buat sendiri atau beli, mesti anda semua ada kuih raya favourite kan?
Raya tak sah kalau..
View this post on Instagram
Sempena lebaran kali ini, sempat bertanya kepada beberapa orang responden tentang kuih raya kegemaran mereka.
Terdapat beberapa orang responden menggemari kuih tart nanas yang merupakan antara kuih wajib yang perlu ada ketika menyambut hari raya.
Selain itu, ada juga yang menyukai kuih raya tradisional, antaranya semperit dahlia dan juga bahulu.
Lain dari yang lain, ada yang mahukan biskut Nescafe ketika hari raya kerana keunikkan rasanya meskipun ianya jarang sekali ditemui.
Biskut Nescafe, dia macam semperit tapi dia ada flavor. Kena ada!
Kegemaran anak muda dan kanak-kanak, sudah semestinya almond london yang menjadi pilihan salah seorang responden. Jangan tak tahu, almond london matcha pun ada tau!
Tidak dilupakan, rasanya yang manis dan crunchy iaitu cornflakes madu menjadi kesukaan ramai termasuk salah seorang responden kami.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menggemari kuih tart nanas dengan meletakkan tanda pagar #GengTartNanas.