Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ogy Ahmad Daud Kecewa Dengan Dua Orang Influencers – ‘Kau Menyusahkan...

    [VIDEO] Ogy Ahmad Daud Kecewa Dengan Dua Orang Influencers – ‘Kau Menyusahkan Kakak Di Set’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    ogyogy

    Pelakon berbakat besar, Fauziah Ahmad Daud meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir personaliti media sosial.

    Rasa tanggungjawab

    @inspirasiunifitv

    Influencer mana yang buat kak ogy panas ni agak nya ye? Jom saksikan full video di youtube channel Inspirasi. #inspirasiUnifiTV

    ? original sound – Inspirasi.UnifiTV – Inspirasi.UnifiTV

    Menerusi temu bual bersama Inspirasi UniTV, Fauziah yang mesra disapa Ogy mendedahkan dia pernah berdepan dengan dua orang personaliti media sosial yang dianggap tidak mempunyai rasa hormat terhadap orang lain.

    Aktres berusia 61 tahun itu kurang senang dengan gerak geri mereka yang didakwa tidak serius ketika di set penggambaran.

    Saya sangat kecewa kerana baru-baru ini saya berhadapan dengan dua orang influencer.

    Saya cakap dengan dia, ‘kau menyusahkan kakak di set’. Sebab orang sibuk buat persiapan, dia sibuk dengan buat live. Itu sangat biadab.

    Dia tidak menghormati pengarah, mereka yang di belakang tabir, malah tidak menghormati peluang yang diberikan kepada mereka.

    Menurut Ogy, seorang pelakon baharu perlu mengikuti bengkel lakonan agar mereka diberi pendedahan dan asas berlakon selain memupuk rasa tanggungjawab sebagai anak seni.

    Bercakap di telefon sangat berbeza bercakap dengan kamera, sebab di set awak bukan melakonkan watak awak, awak melakonkan watak orang lain.

    Kalau awak nak berlakon tak mengapa, kami tak ada hak untuk menutup pintu rezeki orang. Tapi kenapa tidak mengambil inisiatif untuk menghadirkan diri memasuki bengkel?

    Awak tak perlu ambil tahu apa itu berlakon, tapi apa yang awak kena tahu adalah apa itu tanggungjawab seorang pelakon.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan pelakon filem Ali Setan itu dan menyifatkan segelintir pempengaruh tidak sensitif dengan situasi sekeliling.

    Apa yang dikatakan Kak Ogy itu betul.

    Zaman sekarang kena ada teguran yang macam ini.

    Apa yang dia cakap adalah realiti sekarang. Generasi yang lebih sibuk dengan agenda sendiri, tak hormat orang lain.

    Betul juga. Kadang-kadang tengok influencer ni di mana-mana live tak kira majlis. Majlis rasmi, majlis pengkebumian. Orang di sekitar jadi tak selesa.

    ALSO READ:  Watch as Simon Cowell shares about Putri Ariani, his Golden Buzzer artist.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts