Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment Ogy Harap Elly Mazlein & Jihan Muse Selesai Konflik Cara Baik...

    [VIDEO] Ogy Harap Elly Mazlein & Jihan Muse Selesai Konflik Cara Baik – ‘Mereka Ada Kekuatan Masing-Masing’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Fauziah Datuk Ahmad DaudFauziah Datuk Ahmad Daud

    Pelakon senior Fauziah Datuk Ahmad Daud berharap konflik yang berlaku antara Elly Mazlein dan Jihan Muse dapat diselesaikan secara baik.

    Dua-dua hebat

    Fauziah Datuk Ahmad DaudFauziah Datuk Ahmad Daud

    Fauziah atau mesra disapa Ogy berkata, dua figura itu mempunyai kekuatan masing-masing sebagai hos dan berharap hubungan mereka kembali jernih.

    Dua-dua (Elly dan Jihan) ada kekuatan masing-masing sebagai pengacara. Saya juga pernah menonton mereka. Saya harap mereka berdua kembali okay (berbaik).

    Ogy berkata demikian ketika ditemui di sidang media pementasan teater Di Sebalik Topeng  yang berlangsung di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada Rabu.

    Tambah Ogy, berdasarkan pengalamannya sebelum ini, dia juga pernah membahan gandingan hos di atas pentas namun atas keizinan tuan badan.

    Kalau di luar negara, perkara sebegini berlaku (lawak membahan artis atas pentas). Tetapi dengan keizinan tuan empunya badan.

    Sebagai contoh, dahulu saya pernah mengacara dengan Saleh Yaakob, kami saling membahan. Tetapi kami di belakang pentas berbincang dahulu.

    Kami tidak main sembrono atau tukar rancangan lain. Mengacara atas pentas juga memerlukan kerja sepasukan.

    Kongsi masalah di socmed

    Fauziah Ahmad DaudFauziah Ahmad Daud

    Dalam pada itu, pelakon filem Azura ini akui kurang gemar dengan sikap segelintir selebriti yang suka mencanang masalah mereka di media sosial.

    Satu perkara yang saya kurang gemar, apabila konflik itu boleh selesai secara peribadi atau profesional kenapa perlu diuar-uarkan dalam media sosial.

    Saya sebagai pelakon, banyak cerita dalam kain (masalah) melibatkan produksi yang saya tahu tetapi tidak pernah muat naik di media sosial. Itu prinsip saya.

    Terdahulu, Elly menerusi sebuah hantaran di Instagram Story secara terbuka menyindir lawak yang dibuat Jihan Muse bersama Haziq Hussni ketika mereka mengacarakan sebuah program.

    ALSO READ:  [VIDEO] Bella Astillah Tak Tuntut Nafkah Idah, Mutaah & Harta Sepencarian Daripada Aliff Aziz – ‘Saya Tak Nak Panjangkan Kes Lagi’

    Elly atau mesra disapa Kak Lina Pom Pom berharap dirinya tidak menjadi seorang pengacara yang gemar membahan artis lain di atas pentas.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts